Tuesday, March 24, 2009

Di Sambut Dengan Pancutan Air Dan Gas Pemedih Mata

23 March 2009
Taman Ria Jaya,Sungai Petani.

Ucapan pembuka kata DSAI di sambut dengan pacutan air pasukan FRU di susuli dengan gas pemedih mata.Kejadian berlaku di taman ria jaya .Bintang sedih bila tengok budak-budak kecil menangis ,pakcik-pakcik dan makcik-makcik habis tempiaran lari.di bawah ini bintang siarkan laporan dari malaysiakini.

Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Sumber PKR memberitahu Malaysiakini, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat penasihat PKR bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku tidak sampai lima minit selepas mantan timbalan perdana menteri memperkenalkan calon PKR bagi kawasan pilihanraya DUN itu kepada hadirin.

Difahamkan polis melepaskan tembakan gas itu dalam tempoh dua jam sehingga 11.30 malam ke arah kumpulan orang ramai.

Berikutan itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah Anwar yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani terpaksa dibatalkan.

Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang - termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.

Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob.

Selain kehadiran awal pasukan pencegah rusuhan FRU, polis juga dilaporkan mengadakan sekatan jalan raya menuju ke tempat ceramah.

2 comments:

  1. kesilapan yang paling ketara di BS..menampakan BN akan kalah apabila berlakunya peristiwa malam tu...angkara polis yang mengikut arahan tanpa menggunakan akai...polis ni seperti robot..tengoklah seperti polis yang bunuh wanita monggolia tu...yang nak kena depa orang yang suruh terlepas..bodo betui..

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum wbt
    sudah-sudahlah jangan dok janji sangat kt bangsa2 lain tu ,kot nanti dituntut tak boleh nak belit pulak.

    ReplyDelete