Thursday, April 9, 2009

RILEX DAN BUKA MINDA..

Penamaan calon dah sudah.. Berkempen pun dah sudah .. Waktu mengundi pun dah sudah .. Keputusan memihak pada Pakatan Rakyat.. Tahniah-taniah, kerana kemenangan itu.Tahniah juga kepada petugas yang bertungkus lumus demi untuk kemenangan PR.Sekarang petugas-petugas pun dah mula tinggalkan lokasi untuk kembali kerumah masing-masing.. Apa Bintang nak Share adalah apakah nasib dan komitmen kita setelah kemenangan.Bila kita balik semula ke bahagian atau kawasan masing-masing adakah komitmen yang kita tunjukan masa PRK itu sama.maklum la masa PRK ramai pimpinan tertinggi turun tapi bila di kawasan kita sapa yang nak tengok.. Bintang tak masuk mana-mana pihak.. banyak yang bintang belajar dari apa yang bintang tengok dan dengar masa PRK baru-baru ini. Banyak suara-suara keluar termasuklah yang kurang senang ,yang tidak puas hati dan macam-macam lagi.. bagi bintang semua itu adat la.. nama pun manusia. tapi yang Bintang bimbang dan sedih ialah kita menang di bukit selambau dan bukit gantang tapi bila kita balik semula di kawasan masing-masing bermulala yang nak berpuak-puak.. bintang sayangkan parti jadi bintang taknak la terjadi cam tu kalau boleh selepas kemenangan ini kita perlukan mantapkan lagi parti kita akan pihak lawan gerun.. tapi jangan lak pihak lawan senyum lak sebab tengok apa yang jadi kat kita sama je yang ada kat lepa..pikiaq-pikiaq la...

3 comments:

  1. Aduhai bintang !usahlah kau bersedih.puak2 yang suka bising2 ni dah keluaq pun.

    ReplyDelete
  2. Bintang,
    lama x masuk blog. i rindu kat u ler. macam mana kes eli? syoknya PKR yg msh mau sama orang yg rendah moralnya mcm bosnya.... lepaih nie kita dok sama2 dgn bukan muhrim coz kerajaan PR x kisah punyer........tapi Allah serba mengetahui. renung2kan lah wahai cikgu2 yg jadi kepala tu...

    ReplyDelete
  3. TQ.. sebab ada gak yang rindu kat bintang.. bab eli ni Bintang xnak la masuk campur..tu biar la pihak atasan yang atasinya..tapi cerita bab moral ni,kekadang gelihati gak bintang,bukan apa bak perpatah org melayu Gajah di depan mata tak nampak tapi kuman di seberang nampak sangat..Tapi hairan ye kekadang seseorang pihak nak menyakinkan orang dengan sebut nama tuhan.. tetapi mengapa ye ramai yang bermain dengan hukum tuhan.Tidur dengan bukan muhrim,makan rasuah,minum arak dan lain2 yang sekutu dengannya bukan benda baru.Dan bukan terjadi di zaman PR perintah tapi dari jadi dari dulu...tapi mengapa ye Orang terdahulu diam je....Pikiaq-pikiaq la.

    ReplyDelete