Tuesday, May 26, 2009

Sogok: Aminah serah bukti baru

Calon bebas - mendakwa PKR cuba menyogoknya agar tidak bertanding di Penanti - menyerahkan bukti tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aminah Abdullah berkata beliau menyerahkan salinan cakera padat audio dan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan dua wakil PKR kepada suruhanjaya itu di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Menurutnya, selain merekodkan keterangannya, SPRM turut mengambil kelengkapan MP4 yang digunakan untuk merakam perbualan serta telefon bimbit yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wakil PKR.

"Dalam MP4 itu ada rakaman perbualan siri kedua dan ketiga antara saya dan pihak berkenaan (PKR) dan ia tidak sama dengan perbualan yang terdapat dalam cakera padat (yang diedar kepada media) semalam," Aminah dipetik berkata.

SPRM berminat menyiasat lanjut Aminah dan perkara itu disahkan oleh calon berlambangkan kunci.

"Hari ini, saya akan pergi lagi ke SPRM untuk melengkapkan laporan dan siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika ditemui media.

Semalam beliau mendakwa ditawarkan jawatan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, jika menang, dan RM80,000 jika menarik diri agar tidak mencabar calon PKR Mansor Othman pada pilihanraya kecil DUN tersebut.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim memberitahu agensi berita itu bahawa suruhanjaya itu mungkin mengambil lagi keterangan Aminah hari ini.
Bintang hanya nak sampuk sikit je.. apabila bintang baca coretan diatas ni Bintang terpikir gak napa kak minah tak nak terus cakap je siapa org yang jumpa tu... tak yah dok pening-pening dah dan satu lagi pertemuan yang di maksud tu cam jadi satu cerita cerekarama lak.. napa cam tu erkkk..pikiaq-pikiaq la

1 comment:

  1. Salam Reformasi…

    AMK Shah Alam akan bertolak malam ni untuk membantu jentera mencula rumah kerumah di Penanti..

    Ape hal la Mak Minah ni melatah? Tak yah la sibuk nak jadi wakil rakyat.. Lambang Kunci tu lambang untuk kita kunci mulut Mak Minah sorang nih..

    Pada Kawan2 sila layari http://amkshahalam.blogspot.com serta link di website dan blog anda..

    Terima Kasih..

    ReplyDelete