Friday, June 5, 2009

CERMINKAN DIRI SEBELUM DICERMINKAN

Pegawai MB Kedah didakwa kahwini isteri orang
4Jun Malaysiakini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta menyiasat kesahihan dakwaan sebuah laman blog kononnya seorang pegawai khasnya berkahwin dengan isteri orang.

Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat memberitahu pemberita hari ini bahawa pergerakan itu mengesan dakwaan berkenaan dalam satu blog baru-baru ini, lapor Bernama.

Katanya walaupun dakwaan laporan itu diperoleh daripada sumber yang boleh diragukan, Pemuda Umno memandang serius isu itu kerana ia melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan.

"Kita merasakan ia bukan sahaja menyalahi hukum syarak dan undang-undang jenayah syariah yang secara tidak langsung membabitkan imej, maruah serta nama baik kerajaan negeri pimpinan PAS.

"Perkara ini tidak patut berlaku, kerana pimpinan Pas memperjuangkan Islam dan menjadikan Islam sebagai landasan politiknya, dan sekiranya benar berlaku, menteri besar perlu bertanggungjawab," kata Haris.

Mengikut laman blog bertarikh 26 Mac lepas, pegawai berkenaan telah bernikah dengan seorang wanita yang masih merupakan isteri orang selepas wanita itu tidak mendapat nafkah selama lapan bulan daripada suaminya.

Bintang gelihati lak bila baca artikel ini.. seolah-olah dah tak ada isu dah nak di gembar gemburkan.Benda ni bukan benda baru tapi dah jadipun sebelum-sebelum ni satu kedah dah tau tapi bintang malas la nak ungkap balik.. tapi bagi mereka dah lupa lak sejarah sebelum ni.
Daripada kita nak tembak orang tak tentu arah lebih baik kita pikir nasib rakyat lagi baik.Kita pikir projek untuk kemudahan rakyat yang masih tertangguh ataupun tak buat lagi yang telah di luluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini.Ataupun kita pikirkan cam mana nak tampung bebanan hutang GLC yang semakin merundum..pikiaq-pikiaq la..

8 comments:

  1. hampa pi tengok sat kawasan Parlimen SP....jalan2 kat kampung2 dan pekan2 banyak yang teruk dan perlu diperbaiki lagi....jangan janji kosong ja...kampungku,kg masjid tkm batu, teruk berlubang sana sini...apa PR dah buat???jgn dok sembang kat kedai kopi ja sampai jam 2 3 pagi....hampaihhhhh

    ReplyDelete
  2. Yang pasai kahwin bini orang tu aku taleh confirm. tetapi exco Kedah bini nak masuk yang kelima itu aku confirm ada.... Tengok sat member kita tu komen pasai kita punya prestasi kat S P , jangan sampai orang tak undi kita lain kalikot...

    ReplyDelete
  3. banyk lg jalan yg teruk kat sp ni...x dan nak kampoi semua.pelan2 la kwn...ang ingat pr menang kat sp nie nak jaga kmpng ang sorang je ke..bnyk lg kmpng dan tmpat2 lain...salah ang jugak yg dok p sembng pandai je..apa kata ang yg p uruskan tntng jln2 yg rosak 2..ang p jumpa org2 yg berkaitan..ni x,asyik nak complain je kejenya..bantu xpenah langsung..boroi,boroi..

    ReplyDelete
  4. nak jumpa mcm mana???nak jumpa lari sana sini...jumpa kat umah kenduri pun lari lintang pukang....hampaih sungguh hampa nie...yg betoi x mau celik lagi...mcm mana nak ada perubahan...pi mai pi mai dok tang tu...hampa dok pekak telinga ja...pikiaq2 la sama...

    ReplyDelete
  5. bkn lari lintang pukang..pebetoi ckit ayat 2..depa dh meluat tgok muka ang yg asyik ckp pandai tp haram x dak bg satu pun idea dan bantuan..asyik komplain dan ckp pandai je..yg paling teruk nya ang nie asyik pandai mengritik org...booroi,boroi....

    ReplyDelete
  6. kalau x mau dikritik jgn masuk politik la...buat la keja betoi2...

    ReplyDelete
  7. hoi...hampaih.x dak point apa2 kah?lama dah x entry nie....modai koghang kot...hehehe

    ReplyDelete
  8. AMK SP tolong update blog.Awat senyap je nih.Dah nak PRU13 ,Anwar pun tak jauh ngan SG Buluh nie!.Bangun!bangun!bangun!

    ReplyDelete