Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003."Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin .

APA KATA DR M... Kira-kira sejam selepas pengumuman dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikannya.
Beliau memaklumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pegawai kanan kementerian bertemunya Isnin lalu untuk memaklumkan keputusan memansuhkan dasar yang diperkenalkannya pada 2003.Dalam kenyataan awal empat ayat itu, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut, sebaliknya mengungkapkan kembali bantahannya terhadap desakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) awal Mac lalu.

APA KATA DR SYED HUSIN ALI... "Yang mengecewakan ialah kabinet memutuskan penamatan dasar ini, akan berkuatkuasa pada 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun depan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun, tidak diterangkan oleh menteri pelajaran," katanya.

APA KATA DATUK A SAMAD SAID... "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012."Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

APA KATA BINTANG... Bintang berterima kasih pada kerajaan BN/Umno kerana perihatin terhadap rakyat.. Setuju juga nak mansuhkan PPSMI pada tahun 2012.TAPIIIII... kenapa 2012 tak serta merta.. Baru bintang teringat adakah ia berkait dengan PRU Ke 13 nanti.. bagi bintang la kalau nak buat sesuatu perkara tu biar ikhlas ,napa nak tunggu 2012 takut tewas teruk ke nanti ..sebab tu nak buat 2012 kalau kalah terus mansuh tapi kalau menang mungkin tak jadi mansuh kot...pikiaq-pikiaq la.

No comments:

Post a Comment