Monday, July 13, 2009

Undi BN dapat jambatan baru

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Apa hal ni...ikhlas ke tak nak buat jambatan siap bagi syarat..napa kerana Kelantan dibawah pentadbiran PAS so Kerajaan kena buat syarat cam tu.. Celikkan mata dan bukakan minda.. sebelum ni sapa yang kenal Manik Urai.. tapi sekarang satu malaysia dah tau kat mana manik urai tu.. bukan kerana ada pilihanraya kecil tapi kat citu sedang di landa hujan emas...pikiaq-pikiaq la

5 comments:

  1. biaq pi la kat depa...kalau dpt seronok juga...nie kat kg halaman kita nie..apa satu pun x perbetoi lagi..jlan byk rosak..lubang sana sini...kerajaan kita x buat apa satu pun...yg tau nak buat festival tu festival nie...funfair pun boleh buka ikut suka...eeee geram tgk aihhhh.

    ReplyDelete
  2. selalunya orang umno/bn yang buat kenyataan cam ni..kalau orang pakatan rakyat dah paham cuma orang umno saja buat-buat tak paham...

    ReplyDelete
  3. jalan kat tikam bt yang hang kata belubang tu tang mana... masa umno pegang hari tu tak kalut.. hang tau peruntukkan kalau mp pkr minta, ke na minta kat kem pem luaer bandar..dah tentu kerjaan pusat tolak.. yang tu la slogan 1 malayisia..1 tu makna untuk bn saja.. yag lain bole belah..hidup najib al tantuya

    ReplyDelete
  4. pi cari sendiri la...nak jadi pemimpin tapi penyegan...jgn harap rakyat mai kat kita tapi pi la tengok2 sama...anwar al juburi...

    ReplyDelete
  5. ai..kasaq bunyi..sabar jgn gaduh,BN dah bungkussssssssss

    ReplyDelete