Friday, August 21, 2009

AWAS..Ciplos di dapati merayau-rayau di Pematang Pasir

Petikan dari Malaysiakini 21ogos..

Khairy: Jawab tiga soalan saya

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih menunggu jawapan daripada Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh.

Pertama, katanya ialah isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini; kedua, mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco dalam kerajaan negeri Pulau Pinang; dan ketiga, mengapa tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir.

Menulis dalam blognya, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau menegaskan, ketiga-tiga persoalan pokok tersebut telah ditujukan kepada pakatan pembangkang sewaktu berceramah di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir.semalam.

Mengenai pengundi hantu, Khairy berkata, pergerakan itu mengesyaki ada usaha besar-besaran dari PAS untuk memindahkan pengundi mereka dari kawasan DAP yang berhampiran, ke kawasan PAS (Permatang Pasir).

“Ini kerana PAS sedar undi Melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan, mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi "setinggan" mereka ini dipindah ke kawasan-kawasan majoriti Melayu.

“Tidak seperti dakwaan pihak lawan, Pemuda Umno tidak menabur fitnah semata-mata – kami sudah pun menyerahkan bukti fenomena ini,” tulisnya.

Menurut Khairy lagi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, berserta bukti pengundi hantu atau "setinggan" itu.

Menurutnya, Pemuda Umno mendapati terdapat pengundi yang didaftarkan di rumah tertentu yang tidak dikenali pun oleh tuan rumah.

Antara 3soalan ni Bintang tertarik pada soalan mengenai UJUDnya PENGUNDI HANTU..Dalam perkara ni nampaknya bersungguh-sungguh KJ bercerita tentangnya sedang kan suatu ketika dulu mereka mempersendakan ujudnya pengundi hantu...tup-tup dah tukar sekarang KJ lak membidas tentang adanya undi hantu tu sehingga terbuka lah pekung di dada.memindah-mindahkan pengundi dari sesuatu kawasan ke satu kawasan cam pernah buat je...

Gelihati gak tengok senario sekarang cam dah terbalik lak mungkin mereka sekarang belajar nak jadi pembangkang kot...CIPLOSSS tolong tangkap itu hantu... oraighttttttttttt pikiaq-pikiaq la.

No comments:

Post a Comment