Wednesday, August 12, 2009

BN akan tunai janji ikut peti undi

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.

"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.

Petikan dari malaysiakini 12 ogos:

ERMMM cam ni la. Terima kasih kerana keperihatinan kepada penduduk.Tapi yang Bintang tertanya-tanya gak napa PRK yang sebelum-sebelum ni janji tinggal janji ke atau janji tak tunai.tah la kita tunggu je apa lak episod lepas ni... pikiaq-pikiaq la.

No comments:

Post a Comment