Wednesday, May 12, 2010

Perasan pun saja-saja buat tak nampak

Walaupun satu dua PRK menang tapi jika tanpa memainkan kan rasuah jawapan sudah pasti dah tahu.. Kalau tak gunakan rasuh mungkin dah cepat dah mengikut macam Parti LDP.Tapi sampai bila nak amalkan rasuah,,,oppps silap bukan rasuah...tapi hadiah...

Jangan sampai Umno jadi pembangkang

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan, walaupun dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sokongan Melayu kembali kepada Umno, tetapi jika tidak berjaga-jaga, parti itu boleh bertukar menjadi pembangkang.

Presiden Umno menegaskan Umno dan BN sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Dalam ucapannya, Najib memberi contoh kekalahan parti LDP di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu yang mana parti tersebut sekarang ini telah menjadi pembangkang.

Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi "iktibar dan sempadan" kepada Umno dan parti komponen BN.

"Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12 kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.

Najib berkata Umno telah menjemput wakil daripada parti tersebut bagi menceritakan mengenai faktor kekalahan parti itu dalam pilihan raya baru baru ini.

Katanya, wakil tersebut menjelaskan terdapat tiga faktor kekalahan parti itu. Yang pertama, menurutnya, kerana corak politik dalaman parti itu yang terdapat terlalu banyak kelompok.

"Politik kelompok diutamakan daripada berkhidmat untuk rakyat," katanya dihadapan lebih 1,000 hadirin termasuk pemimpin parti komponen BN.

Tambah Najib, faktor kedua adalah kerana dalam parti itu lebih mementingkan 'special interest group' daripada kepentingan rakyat jelata.

"Kelompok yang ada kepentingan lebih diutamakan tetapi tuntutan rakyat tidak diberi keutamaan,.

Manakala faktor ketiga, tegas Najib, disebabkan LDP memulakan proses reformasi tetapi tidak mempunyai iltizam politik untuk terus meneruskannya.

"(Mereka) kembali kepada zon selesa dan mempertahankan status qou. Rakyat lihat (parti itu) jauh di hati rakyat, tidak merasa denyut nadi dan bukan (menjadi) parti yang segar dan dinamik.

"Kalau tidak bersetuju semuanya, (tetapi) sedikit sebanyak ia relevan kepada Umno dan parti komponen yang lain," katanya

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Umno supaya kembali bersemangat jitu dan gigih kepada perjuangan parti untuk mengangkat matlamat perjuangan parti menjadi lebih kukuh dan mantap.

Dalam ucapan selama kira-kira 15 minit itu juga, Najib mengingatkan agar ahli tidak terperangkap dengan kepentingan golongan tertentu sebaliknya mementingkan rakyat kerana mereka merupakan kunci kejayaan sebuah parti.

"Jadi pemimpin yang dekat dihati rakyat. Buatlah apa sahaja program, tetapi bukan buat dekat dengan pilihan raya. Tunjuk bahawa sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment