Wednesday, May 12, 2010

Perasan pun saja-saja buat tak nampak

Walaupun satu dua PRK menang tapi jika tanpa memainkan kan rasuah jawapan sudah pasti dah tahu.. Kalau tak gunakan rasuh mungkin dah cepat dah mengikut macam Parti LDP.Tapi sampai bila nak amalkan rasuah,,,oppps silap bukan rasuah...tapi hadiah...

Jangan sampai Umno jadi pembangkang

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan, walaupun dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sokongan Melayu kembali kepada Umno, tetapi jika tidak berjaga-jaga, parti itu boleh bertukar menjadi pembangkang.

Presiden Umno menegaskan Umno dan BN sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Dalam ucapannya, Najib memberi contoh kekalahan parti LDP di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu yang mana parti tersebut sekarang ini telah menjadi pembangkang.

Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi "iktibar dan sempadan" kepada Umno dan parti komponen BN.

"Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12 kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.

Najib berkata Umno telah menjemput wakil daripada parti tersebut bagi menceritakan mengenai faktor kekalahan parti itu dalam pilihan raya baru baru ini.

Katanya, wakil tersebut menjelaskan terdapat tiga faktor kekalahan parti itu. Yang pertama, menurutnya, kerana corak politik dalaman parti itu yang terdapat terlalu banyak kelompok.

"Politik kelompok diutamakan daripada berkhidmat untuk rakyat," katanya dihadapan lebih 1,000 hadirin termasuk pemimpin parti komponen BN.

Tambah Najib, faktor kedua adalah kerana dalam parti itu lebih mementingkan 'special interest group' daripada kepentingan rakyat jelata.

"Kelompok yang ada kepentingan lebih diutamakan tetapi tuntutan rakyat tidak diberi keutamaan,.

Manakala faktor ketiga, tegas Najib, disebabkan LDP memulakan proses reformasi tetapi tidak mempunyai iltizam politik untuk terus meneruskannya.

"(Mereka) kembali kepada zon selesa dan mempertahankan status qou. Rakyat lihat (parti itu) jauh di hati rakyat, tidak merasa denyut nadi dan bukan (menjadi) parti yang segar dan dinamik.

"Kalau tidak bersetuju semuanya, (tetapi) sedikit sebanyak ia relevan kepada Umno dan parti komponen yang lain," katanya

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Umno supaya kembali bersemangat jitu dan gigih kepada perjuangan parti untuk mengangkat matlamat perjuangan parti menjadi lebih kukuh dan mantap.

Dalam ucapan selama kira-kira 15 minit itu juga, Najib mengingatkan agar ahli tidak terperangkap dengan kepentingan golongan tertentu sebaliknya mementingkan rakyat kerana mereka merupakan kunci kejayaan sebuah parti.

"Jadi pemimpin yang dekat dihati rakyat. Buatlah apa sahaja program, tetapi bukan buat dekat dengan pilihan raya. Tunjuk bahawa sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat," katanya.

Tuesday, May 11, 2010

Salam Amal Maaruf Nahi Mungkar...

Kecoh isu semasa yg hangat diperkatakan skrg apabila kerajaan Malaysia di bwh pimpinan rejim Dato' Seri Najib Tun Razak ingin mempertimbangkan utk mengadakan lesen judi sempena bola sepak dunia yg akan berlangsung Jun ini. Apakah ini? Judi? Sudah tak cukupkah kedai-kedai judi seperti TOTO yg berselerak di tepi jalanan skrg? Apa kerajaan tidak nampak kesannya judi ini kpd masyarakat? Mungkin bagi mereka utk tidak menyekat keinginan Non-Muslim yg berjudi. Benarkan hanya Non-Muslim yg berjudi? Melayu Islam kita tidak? Di manakah hukum Allah diletakkan skrg apabila usul ini dicadangkan? Adakah ini yg dikatakan sebuah negara Islam? Kalau isu pembelian nuklear kerajaan boleh meminta pandangan rakyat,tidak bolehkah isu ini pun dibuat begitu? Ini lah akibatnya apabila kerajaan terus mengamalkan sikap matlamat menghalalkan cara. Yang Haram tetap HARAM!

Monday, October 19, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA KETUA AMK KEDAH

19 OKT 2009

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA SAIFUL IZHAM RAMLI (KETUA AMK KEDAH) KERANA IBU BELIAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH..JENAZAH IBU BELIAU BERADA DI TAMAN PERUDA SG PETANI DAN AKAN DIKEBUMIKAN SELEPAS SOLAT ASAR.MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT IBUNYA..

Friday, October 16, 2009

TOLONG JANGAN POLITIKAN SUKAN

16 October 2009

Harimau Muda Menanti Azraai

Azraai tinggalkan skuad Kedah


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM | syahir.kassim@kosmo.com.my

SETELAH menjulang Kedah sebagai juara treble bagi dua musim berturut- turut, Mohd. Azraai Khor Abdullah mula berubah angin.

Semalam, Azraai membuat kejutan apabila melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak Kedah.

"Saya sudah menghantar surat meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Hamdan Mohamed Khalib tengah hari semalam.

"Beliau (Hamdan) meminta saya menimbang semula keputusan saya itu tetapi saya sudah tekad untuk ber- alih arah," kata Azraai kepada Kosmo! semalam.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan, Azraai berkata: "Saya sedih, sama ada mereka (pihak pengurusan) tidak faham tentang bola sepak atau mahu mempolitikkan sukan itu. Saya mencadangkan beberapa nama pemain serangan untuk Kedah tetapi maklum balas yang diberi mengecewakan."

"Real Madrid, satu pasukan yang hebat pun masih mahu mengambil Kaka dan Cristiano Ronaldo. Ini pula Kedah yang tiada pemain seperti itu mahu mengambil penyerang tempatan yang berbakat sahaja tetapi hampa," katanya.

"Apa pun, sebagai anak jati Kedah saya sudah melakukan yang terbaik untuk pasukan. Saya berbangga dengan pemain Kedah dan saya mengiktirafkan mereka antara pemain legenda Kedah," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokong Kedah yang disifatkan antara yang terbaik di negara ini.

"Penyokong memahami kesukaran dan masalah saya. Mereka banyak membantu menjulang Kedah," katanya.

Selepas mengesahkan tiada lagi 'ikatan' dengan Kedah, kini jurulatih berusia 57 tahun itu bakal membuka buku baru dengan melatih skuad muda negara, Harimau Muda mulai 1 November depan.

"Saya telah menerima panggilan telefon daripada kakitangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang semalam yang meminta butiran peribadi dan alamat saya bagi urusan surat tawaran (sebagai jurulatih skuad Harimau Muda).

Azraai menambah, beliau bersyukur kerana permohonannya untuk membimbing skuad Harimau Muda yang akan beraksi pada kempen Liga Super musim depan telah diterima FAM.

"Pada September lalu, saya ada memohon kepada FAM untuk melatih skuad muda negara itu," katanya.

Untuk rekod, Azraai yang mula membimbing Kedah sejak 2004, membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2005/ 2006.

Pada musim 2007 dan 2008, Kedah mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara treble dengan meraih Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super selain Azraai dijulang sebagai jurula- tih terbaik sebanyak dua kali.

Namun, pada saingan musim ini, Kedah seakan-akan ditimpa 'bencana' apabila sekadar menduduki tangga ketiga Liga Super, Piala FA (pusi- ngan kedua) dan Piala Malaysia (peringkat kumpulan).

CUBA BANDINGKAN.



Tuesday, October 13, 2009

POST MORTEM BAGAN PINANG ( 2 )

Petikan Dari " Perisik Rakyat "

PAS Hilang Undi India Kerana Sikap PAS Serupa Dengan UMNO Dalam Isu Kuil S23 dan Kepala Lembu

Satu kejutan berlaku. Majoriti pengundi-pengundi India di Bagan Pinang telah mengundi UMNO/BN walaupun isu “kepala lembu” dan isu “kuil s23” telah berlaku.
Di dalam kedua2 isu, kepala lembu dan kuil S23, kepimpinan tertinggi PAS (Presiden dan Timbalan Presiden) mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan UMNO bermaharaja-lela mengutuk serta menzalimi hak penduduk Hindu S23.
Pengempen2 MIC dari rumah ke rumah menggunakan isu bahawa PAS dan UMNO adalah SAMA. Ini kerana dalam isu Kuil S23 dan Kepala Lembu, sikap yang mereka tunjukkan adalah sama, yakni tidak menentang tindakan sekumpulan orang-orang UMNO itu.

Dan pengempen2 MIC/IPF ini memulakan jarum sejurus selepas kematian arwah ADUN Bagan Pinang yang lepas. Itu maklumat yang saya dapat sebelum penamaan calon lagi dari beberapa pengkaji yang berada di lapagan. Saya sendiri tidak percaya tapi keputusan Bagan Pinang ini membuktikannya.

PAS Tidak Dilihat Membantu Kaum India Di Dalam Mempertahan Hak Mereka

Presiden PAS terutamanya (serta Pesuruhjaya PAS Selangor) mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini. MP PAS Shah Alam, dibiarkan berseorangan diri di dalam menghadapi isu ini tanpa apa-apa bantuan serta sokongan dari Presiden ataupun Timbalan Presiden PAS.

Oleh kerana kita semua telah tahu bahawa Presiden PAS terikat dengan kehendak “geng Terengganu” maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa sikap PAS dalam isu Kuil dan Kepala Lembu ini adalah sikap “geng Terengganu”(yang sekarang ini sudah terkenal dengan sikap “assabiyyah” dan kebangsaan melayu mereka).

Pokoknya, Bagan Pinang adalah peluang keemasan bagi PAS bagi menguatkan lagi tahap sokongan pengundi berbangsa India kepada PAS. Isu “Kepala Lembu” dan “Kuil Seksyen 23” adalah isu keemasan yang disia-siakan oleh PAS hasil kerana kepimpinan PAS Pusat dikuasai oleh mereka2 yang pro kepada kerjasama dengan UMNO.

Presiden PAS sendiri secara pribadi telah turun ke Shah Alam dan memberitahu bahawa Islam tidak mengharamkan rumah ibadat bukan Islam hampir dengan Masjid dan Surau. Ini kerana, Presiden telah mengambil pendapat dari madzhab Maliki yang lebih sesuai dalam waqi’ Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Namun, Presiden PAS tidak langsung mengeluarkan kenyataan umum kepada media dalam isu ini hatta selepas MP PAS Khalid Samad diberikan ancaman bunuh sekalipun. Perkara ini menjadi isu di Bagan Pinang kerana pengundi India merasakan PAS tidak ikhlas apabila kepimpinan tertinggi mereka mengambil sikap berdiam diri.

Malahan, mereka sudah maklum betapa Dato Hasan Ali sendiri sebenarnya lebih cenderung kepada geng2 UMNO S23 berbanding dengan hak orang-orang India di sana. Maklumat saya dapat, Dato Hasan dalam mesyuarat Exco memberitahu yang beliau memperjuangkan Titah Baginda Sultan Selangor yang tidak mahu rumah ibadat bukan Islam dalam penempatan majoriti orang Islam.

Sokongan senyap Dato Hasan kepada sikap UMNO dalam isu kuil S23 ini sudah menjadi rahsia umum. Dan, pengempen2 MIC lah yang mendedahkannya kepada pengundi2 India di Bagan Pinang. Ia menjadikan PAS dilihat sebagai hipokrit dan tidak dipercayai oleh pengundi2 India di Bagan Pinang. Hasilnya, PAS gagal menuai hasil dari kedua-dua isu sensitif ini.

Kalaupun PAS Selangor mahu mengambil sikap yang serupa dengan UMNO Selangor, kenapa PAS Selangor tidak boleh pergi berunding dengan Hindu Sanggam dan mencadangkan lokasi baru untuk kuil tersebut?

Apabila PAS Mengambil Sikap Ke”Melayuan”, UMNO yang Untung

PAS Selangor dan PAS Pusat dilihat semakin rapat kepada UMNO dari segi isu dan sikap UMNO dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.
Hakikatnya, kumpulan yang bertanggungjawab kepada polisi seperti “PAS for All” ( yang digelar sebagai kumpulan Erdogan) telah disisihkan. Presiden PAS sudah tidak lagi mendengar nasihat dan rintihan dari mereka2 yang bertanggungjawab ke atas kemenangan PAS 2008.

Malahan Presiden PAS sekarang dikuasai pemikiran dan pergerakan beliau oleh geng2 Terengganu dan mereka yang pro kepada kerjasama dengan UMNO. Tidak hairanlah dalam isu Kuil Seksyen 23 dan Kepala Lembu Presiden PAS berdiam diri dan tidak membantu Khalid Samad.

Saya amat yakin kalau Khalid Samad menjadi calon PAS di Bagan Pinang, PAS sudah tentu mendapat 70-80% undi kaum India kerana Khalid Samad terbukti tidak bercakap seperti seorang yang munafik dan menipu kaum India.

Calon yang diketengahkan oleh PAS pula menjadi mangsa sikap “assabiyyah” kepimpinan PAS dan kasihan kepada beliau. Beliau seorang yang jelas komited kepada konsep “PAS For All” dan menjadi mangsa. Lagi pula, beliau tidak dikenali oleh pengundi India di situ menjadikan beliau susah untuk disokong pengundi India.

Secara mudah, buat apa pengundi India mengambil risiko mengundi PAS sedangkan sikap PAS dan UMNO adalah serupa?

Slogan “PAS for ALL” PAS Sudah Mula Dicurigai Pengundi Bukan Melayu

Sudah tentu. Maklumat “kumpulan Erdogan” telah disisihkan oleh Presiden sudah sampai ke pengetahuan ramai orang. Pengempen2 MIC terutamanya menggunakan hujjah ini dan ianya berjaya.

Dan yang lebih mengewakan kita, ADUN BANGI, Dr Syafiee telah menaikkan isu ini sejak tahun lepas lagi, yakni mengapa program “PAS for All” sudah tidak ada lagi pengisian yang bersifat berterusan sekarang ini.

Malahan tokoh seperti Hasan Ali, dengan terus terang mengatakan yang PAS akan memperjuangkan hak Melayu sedangkan pada waktu yang sama PAS sudah ada slogan “PAS for All”. Bukankah Islam memperjuangkan nasib semua manusia TIDAK KIRA AGAMA dan BANGSA? Malahan, bukan setakat manusia, Islam juga memperjuangkan keadilan untuk binatang dan tumbuhan dan melindungi mereka dari kezaliman.

Ada riwayat yang muttawateer yang mengatakan bahawa seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana menyiksa kucingnya dan seorang pemuda dimasukkan syurga kerana memberi air kepada seekor anjing yang haus.

Puak2 Fraksi UMNO ini jelas menampakkan akidah mereka yang telah rosak dan hancur. Apabila diuji mereka membuang Islam dan mengambil akidah assabiyyah/kebangsaan melayu.

Tulang Besi

POST MORTEM BAGAN PINANG

Petikan dari.. www.kerajaanrakyat.com

Bagan Pinang: Pendidikan UMNO. Pengajaran Buat PAS

Pertamanya tahniah saya ucapkan kepada UMNO/BN kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Namanya pertandingan, maka jangan dikisahkan kaedah apa dan bagaimana kemenangan itu dicapai. Matlamat pertandingan ialah untuk menang. Kotor atau bersih, jijik atau hina, itu bukan persoalan. Mungkin itulah amanat yang disampaikan kepada seluruh petugas UMNO/BN sepanjang tempoh berkempen di Bagan Pinang.

Pakatan Rakyat, nama yang diangkat dan julang hebat setelah pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 dan dalam 7 pilihan raya kecil berikutnya, tewas kecundang dengan angka yang amat memalukan. Ya amat memalukan. Berilah apa alasan sekalipun, kecundangan calon Pakatan Rakyat bukan sangat disebabkan kehebatan atau kelancaran jentera kempen UMNO/BN. UMNO juga berdepan dengan masalah dalam mereka yang amat besar antara kem Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, menteri besar Negri Sembilan.

Kekalahan Pakatan Rakyat yang telah mengangkat Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calonnya banyak disebabkan oleh kelemahan Pakatan Rakyat itu sendiri, PAS terutamanya. Ya, terdapat segelintir pimpinan PAS sendiri tidak berapa bersungguh untuk memenangkan calonnya.

Kalian boleh saja tidak bersetuju dengan titipan saya di atas. Kalian bisa saja menuduh saya membuat andaian jangkal, tetapi sila luangkan masa untuk terus membaca.

Saya, insan kerdil yang menghabiskan masa di Bagan Pinang sejak hari pernamaan calon sehingga malam 11hb Oct. 2009. Saya memerhatikan dan menyaksikan dengan penuh insaf keriangan melampau dan dibuat-buat oleh penyokong UMNO/BN meraikan kemenangan mereka di dalam dan di luar Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson yang menjadi Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil N.31- Bagan Pinang. Peristiwa seperti itu kerap saya rasai dalam banyak pilihan raya umum dan kecil terutama di negeri kelahiran saya, Johor, pasca 1998.

Saya menerima keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dengan reaksi yang pelbagai. Sedih dan hampa. Gusar dan bimbang. Marah, geram dan memberontak. Adunan perasaan itu terlalu sukar untuk dititipkan dalam ayat tetapi ia bakal memberi impak besar kepada saya dalam mengharungi masa mendatang.

Pendidikan UMNO

Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang mampan dan jitu perjuangan serta fahaman idealisma UMNO, semalam menyakinkan saya bahawa tindakan meninggalkan UMNO sekitar 1998 adalah suatu hidayah besar yang ALLAH SWT kurniakan kepada saya serta keluarga.

Saya paparkan foto ini buat kalian:
"Bapak engkau kongkek mak engkau" - Sambil menunjukkan isyarat lucah, itulah jeritan pemuda berbaju putih, berkaca mata. Dia bukan India walaupun kulit Samy Vello lebih cerah darinya. Dia pemuda Melayu UMNO. Ya dia Melayu UMNO. Kita wajib asingkan antara Bangsa Melayu dengan Bangsa Melayu UMNO. Bangsa Melayu berhemah dan tinggi nilai bahasanya. Seperti mana kita wajib asingkan antara agama Islam warisan Nabi Muhammad SAW dengan Islam Hadhari bawaan Iman Abdullah Badawi yang bertuhankan UMNO

"Anwar kaki jubur, PAS kena jubur". Sambung pemuda UMNO itu.

"Betullah bapak engkau kaki jubur sebab tu engkau tak berani nak melawan". Pemuda UMNO itu terus membuat provokasi. Saya sungguh hairan anggota polis yang berpuluh berada di situ langsung tidak cuba berusaha untuk menghalang provokasi yang dilakukan berulangkali oleh pemuda-pemuda UMNO tersebut.
Insiden tersebut berlaku sekitar jam 1.00 tengahari di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Saujana
Sakit hati saya melihat gelagat Bangsa Melayu UMNO. Saya tinggalkan tempat itu dan bergerak ke
Saya tinggalkan kereta saya di depan Muzium Angkatan Tentera, berdepan denganKem Si Rusa dan berjalan hampir 500 meter ke Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Si Rusa.

Sekali lagi saya melihat dan mendengar hasil pendidikan yang diajarkan oleh UMNO kepada ahli-ahlinya. Kali ini ia terdiri daripada perempuan (saya tidak yakin mereka masih gadis, tetapi yakin mereka belum bernikah) Bangsa Melayu UMNO.
"Haa..!! mengaji lah, wirid lah. Jangan harap kau nak menang". Jerit sekumpulan perempuan Melayu UMNO ke arah penyokong PAS yang berada di seberang jalan.
"Bapak kau sama macam si Nuar, suka meliwat" Pekik betina no 3 dari kiri dan diikuti dengan wirid mereka beramai-ramai "Liwat-liwat-liwat. Liwat-liwat".
Sekali lagi saya dapati pihak polis menjadi penjaga garisan. Ya, polis hanya menjadi penjaga garisan yang memisahkan antara dua pihak.

Betina-betina Melayu UMNO di sini mendapat sokongan padu daripada pasangan mereka
"Dasar kaki liwat, main jubur". Kasidah daripada pemuda Melayu UMNO yang berkaca-mata hitam. "Jubur-jubur-jubur. Jubur-jubur". Wirid yang lainnya. Lebih mendidih darah saya bila melihatkan kalangan Melayu UMNO yang umurnya sudah lebih separuh abad di kemah belakangnya hanya memerhatikan gelagat anak-anak mereka yang ibarat iblis berpesta. Hati saya bermonolog 'Bapak Iblis melihat anak Iblis berpesta'.
Saya berbual seketika dengan beberapa anggota polis yang didatangkan khas dari Besut , Terengganu untuk menjadi penjaga garisan dan kemudian saya berlalu pergi kePusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Si Rusa.

Saya sampai di sini kurang lebih jam 3.30 petang. Nyaman sedikit di sini. Penyokong UMNO mungkin ramai yang telah balek. Penyokong PAS amat berhemah dan tenang keadaannya
Terlihat banner gergasi tergantung berhampiran pintu masuk ke Pusat Pengundian. Saya pasti jika banner itu memaparkan lambang PAS, telah lama polis dan SPR mengarahkan ianya diturunkan. Apakan daya, ia milih parti diktator, UMNO. Polis pun tertunduk malu..!! Justeru tidak berpuas hati, saya maklumkan kepada sahabat saya,
Peter Chong, Setiausaha Sulit YB R. Sivarasa. Secara kebetulan beliau memantau proses pengundian di pusat tersebut mewakili MAFREL. "I told them (the police), but they says 'its ok, its off 500 meter'. Its their way". Saya amat faham tekanan yang diberikan kepada Peter.
Selesai di Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Si Rusa, saya bergerak kePusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang. Berita kekecuhan dan pertengkaran di sini telah saya ketahui melalui rakan-rakan. Insiden membaling batu, kayu dan botol yang dilakukan oleh Bangsa Melayu UMNO seolah-olah diberi premit oleh polis.

Semasa saya sampai trak FRU dan polis masih berbelas tersusun di pinggir jalan. Saya sempat berbual dengan Inspector Putri (bukan Puteri Bangsa Melayu UMNO). Ramah orangnya. Lembut tuturnya. Banyak ceritanya. Tidak dapat saya titipkan di sini. Terima kasih Inspector Putri.

Rumusan saya kepada pendidikan yang telah diberikan oleh UMNO kepada bangsanya bakal menjerumuskan bangsa Melayu dan negara ini ke lembah kehinaan dan kehancuran yang nyata. Budaya dicemarkan. Bahasa dihina-jijikkan. Perlakuan dilucahkan.

UMNO mendidik anak bangsanya menjadi rakus, lucah dan bacul. Orang tua yang berada dalam UMNO hari ini ibarat kain buruk yang layaknya untuk dibuat pengesat kaki. Fungsi dan peranan orang tua untuk menjadi pendidik dan penasihat telah pupus dalam UMNO. Segala perlakuan songsang, lucah dan khianat dibiarkan berlaku di depan mata mereka. Lebih buruk lagi apabila mereka pula yang mengapi-apikannya.

Inilah pendidikan UMNO dan hasilnya dipertontonkan di Bagan Pinang.

Pengajaran Buat PAS

PAS, sebuah parti yang tidak pernah saya sertai tetapi tidak pernah juga saya hina atau perlekehkan. Apabila PAS bergabung bersama PKR dan DAP dalam Pakatan RAkyat, saya mula memahami dengan lebih dekat corak gerakan parti Islam ini.

Bagan Pinang memberi satu pertunjuk betapa PAS tidaklah sekemas dan se'Islamik' seperti yang saya sangkakan. Saya tidak bermaksud merangkum keseluruhan parti PAS. Titipan saya lebih menjurus kepada apa yang terjadi di Bagan Pinang dan beberapa perkara yang berlaku dalam PAS di peringkat pimpinan pertengahan yang membantu secara lansung kemenangan bergaya UMNO/BN dalam pilihan raya kecil N.31 yang lalu.

Siang di Bagan Pinang saya habiskan masa berkenalan, mendengar cerita dan berita daripada masyarakat marhaen. Mereka yang bakal menentukan pemimpin yang mereka gemar atau terpaksa pilih. Mereka naive. Mereka jujur. Mereka iklas dalam memperkatakan sesuatu tanpa dipaksa. Mereka seronok bercerita bila saya terus melayan mood mereka.

Intipati daripada bicara bebas mereka yang dapat saya rumuskan sepanjang 8 hari di Bagan Pinang; masyarakat Melayu tempatan telah terbiasa dengan UMNO dan terasa terhutang budi dengan 'umpan' yang banyak ditaburkan oleh UMNO. Bakti UMNO belum tentu, tetapi janji UMNO amat memikat hati mereka.

Hati dan perasaan masyarakat Cina dan India ibarat dicincang lumat oleh pimpinan PAS bernama Hassan Bin Ali. Inilah pertualang. Inilah puaka jelmaan dalam PAS yang dipasak UMNO tetapi masih dibelai manja oleh pimpinan PAS bertaraf Timbalan Presiden.

Masyarakat Cina dan India terlalu terguris dengan beberapa tindakan dan ucapan Hassan Ali yang mana seolah-olahnya buta dan tuli bahawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat keseluruhannya baik dalam pilihan raya umum 2008 maupun 7 pilihan raya kecil berikutnya adalah hasil kerjasama erat dan padu daripada kedua-dua kaum ini.


Rumusan

Saya merasakan suatu tindakan drastik amat perlu diambil dalam organisasi PAS peringkat pertengahan. Selain keceluparan dan kebiadaban Hassan Ali terhadap kaum Cina dan India seluruhnya, sikap segelintir pimpinan PAS di kawasan Bagan Pinang sendiri amat mengecewakan. Komunikasi dan ko-ordinasi yang lembab dan bersifat negetif terlalu ketara. Pimpinan PAS kawasan Bagan Pinang (Jawatankuasa pilihan raya bahagian, dalam hal ini) cuba menunjukkan kesombongan mereka dengan tidak menghargai beberapa tawaran bantuan penceramah daripada rakan-rakan dalam Pakatan, DAP dan PKR. Hanya sekitar 2 hari terakhir barulah mereka mengatur jadual ceramah dengan menjemput pimpinan tertinggi PRK dan DAP. Walau bagaimanapun kesungguhan jentera pilihan raya DAP dalam membantu calon Pakatan Rakyat di Bagan Pinang amat jelas ketara.

Bila bacaan arus pengundi semakin menjauh dan tempoh berkempen semakin suntuk, panggillah pemidato hebat manapun, arus menolak semakin kuat. Benteng PAS semakin rapuh. PAS seakan terlalai, jentera UMNO bergerak mantap sepanjang 8 hari. Setiap hari ada saja menteri UMNO yang turun ke gelanggang. Setiap hari pengundi dijamu dengan janji. Setiap hari penduduk Bagan Pinang dihidangkan dengan impian. Setiap hari masyarakat tempatan diberikan harapan baru.

Akhirnya saya amat mengharapkan agar tindakan positif untuk masa depan WAJIB dilakukan segera dalam PAS. Mungkin ada pemimpin tertentu yang terguris hati. Mungkin ada juga yang merajuk pergi. Biarkan. Biarkan mereka pergi kerana itu lebih baik untuk menyelamatkan perjuangan parti PAS itu sendiri. Malahan tindakan pencucian dalam PAS adalah demi semangat setia kawan dalam perjuangan kita bersama PAKATAN RAKYAT.
Salaam Perjuangan.
Sofi - Kerajaan Rakyat


Nota: Kalian baca dan hayati buku ini dan kalian akan lebih mengerti matlamat pendidikan UMNO