Wednesday, February 25, 2009
Saiful Izham Tak Bertanding
Ketua AMK Kedah, Saiful Izham Ramli hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau 7 April ini.Dihubungi Malaysiakini semalam, Saiful berkata, beliau tidak menawarkan diri untuk bertanding sebaliknya mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah pilihanraya kecil tersebut.Semalam, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pihaknya telah mengenal pasti empat calon untuk pertimbangan pucuk pimpinan bertanding di situ.Mengulas perkara tersebut, Saiful berkata, terserah kepada PKR pusat untuk menentukan calon yang sesuai.Kerusi DUN tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam meletak awal bulan ini.Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.Tempoh penggantunganManakala kertas pencalonan Saiful Izham yang mewakili PKR ditolak SPR atas sebab-sebab teknikal.Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.Terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.Menurut Saiful Izham, pilihanraya kecil di Bukit Selambau melibatkan 22 daerah mengundi dengan 64 peti undi.Mengulas mengenai kesilapan teknikal tersebut, Saiful berkata, ia berlaku kerana SPR menganggap beliau masih dalam tempoh penggantungan.Menurutnya, ia kerana SPR mendakwa beliau melakukan kesalahan kerana tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya bagi tahun 2004.Ceramah bermulaBerikutan itu, jelas Saiful, kertas pencalonannya ditolak dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Penggantungan tersebut berkuatkuasa untuk tempoh lima tahun mulai 2004, tambahnya.Saiful berkata PKR dan PAS telah membuat persediaan termasuk membuka bilik gerakan dan memulakan siri ceramah sejak tiga minggu lalu.Ditanya mengenai 'mood' pengundi di Bukit Selambau, beliau mendakwa, mereka, termasuk pengundi atas pagar, kini dalam kemarahan ekoran rampasan kuasa BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak."Kita begitu yakin untuk menang walaupun BN meletakkan calon Umno atau MIC. Tidak ada perbezaaannya."PAS dan DAP memberikan komitmen sepenuhnya untuk memenangkan calon PKR," kata Saiful.Petikan dari Malaysiakini.
Tuesday, February 24, 2009
Jamuan BBQ

21 FEB 2009
Amk Sg Petani telah mengadakan satu jamuan dan BBq untuk semua Ahli dan Ajk.. Tujuan jamuan ini adalah salah satu tanda terima kasih buat semua yang selama ini bertungkus lumus dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan Amk Sg Petani.Selain dari itu jamuan ini juga dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara Ajk dan Ahli.. Majlis ini telah berlangsung di Pulau Sayak.. Buat tuan rumah...Terima kasih dari AMK Sg Petani

Tuesday, February 17, 2009
KENYATAAN MEDIA AMK KEDAH
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH16hb Februari, 2009PERBUATAN KHIR TOYO BUKTI UMNO BANGKRAP IDEAAngkatan Muda Keadilan negeri Kedah mengecam tindakan memualkan dan tidak bermoral segelintir individu yang menceroboh kehidupan peribadi ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, YB Cik Elizabeth Wong dengan menyiarkan gambar-gambar peribadi beliau yang diambil tanpa kerelaan dan tanpa kesedaran beliau. Yang lebih memualkan ialah, perbuatan terkutuk ini didalangi individu dengan niat bermotifkan politik dan seolah-olah mendapat sokongan dari Dr Khir Toyo, bekas menteri besar Selangor dan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang semakin terdesak karier politiknya!Kenyataan Khir Toyo yang mendahului berita tentang gambar-gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa seolah-olah insiden ini merupakan satu jenayah politik yang terancang untuk menjatuhkan maruah dan imej serta seorang wakil rakyat yang sangat disenangi oleh pengundi-pengundi di Bukit Lanjan. Khir Toyo jelas kelihatan seperti seorang yang bengong bila beliau membandingkan isu ini dengan skandal tidak bermaruah bekas menteri kanan Barisan Nasional, Dr Chua Sooi Lek yang meletakkan jawatan akibat rakaman video hubungan seks beliau di sebuah hotel. Beliau juga seolah-olah menyokong sebarang perbuatan menceroboh kehidupan peribadi sesiapa sahaja asalkan matlamat politik menjatuhkan maruah seseorang tercapai.Sebagai seorang Islam, saya merasa malu dengan perbuatan Khir Toyo sebagai seorang wakil rakyat beragama Islam yang cuba naik dengan menjatuhkan maruah orang lain. Islam jelas melarang keras perbuatan menjatuhkan maruah atau mendedahkan keaiban orang lain. Mustahil anak guru agama yang satu ini tidak tahu hukum dan larangan agama, sekalipun ianya berkaitan dengan maruah seorang bukan Islam!Kita mengharapkan agar YB Elizabeth Wong akan tetap bersemangat dan teguh menghadapi dugaan terbaru dalangan UMNO dan Barisan Nasional ini. Kita menyeru rakyat, terutamanya pengundi di 2 pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dapat bangkit memberikan mesej yang jelas kepada UMNO dan Barisan Nasional bahawa rakyat sudah muak dan jelak dengan politik tidak bermoral UMNO dan Barisan Nasional ini!SAIFUL IZHAM RAMLIKetua Angkatan Muda KeadilanNegeri Kedah Darul Aman
BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG !!!!!!!
Setelah berbagai-bagai cubaan dan rintangan yang berlaku pada masa terdekat ini ...sekali lagi PRK akan berlaku di Perak dan Kedah.Ternyata dua negeri ini di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.Sekali lagi juga kuasa di berikan kepada rakyat untuk memilih calun pilihan mereka.. adakah PKR akan pertahankan kerusi mereka di Bukit Selambau dan Pas Di Bukit Gantang.. Tapi ternyata rakyat sekarang dah mula sedar dengan keadaan yang berlaku sekarang dengan apa terjadi di Perak dan di Kedah.. Mereka dah mula siap dengan modal2 cerita kat tv dan media.apa-apa pun rakyat sekarang dah bijak dan xnak di tipu lagi cam dulu-dulu
CERAMAH ( KEMBALIKAN HAK RAKYAT )

14 FEBRUARY 2009
TAMAN NILAM SG PETANI
AMK Kedah dengan kerjasama Amk Sg petani,Padang Serai dan Kulim Bandar Baru telah berjaya menganjurkan Siri Ceramah untuk rakyat yang berlangsung di Padan Awam Taman Nilam Sg Petani.Kehadiran pada malam itu amat mengalakkan.Penceramah-penceramah pada malam itu terdiri dari SAIFUL IZHAM RAMLI(KETUA AMK KEDAH)UST FIRDAUS JAAFAR(MP JERAI)BADRUL HISHAM SHAHRIN(CHEGUE BARD) dan juga AMIR SHAARI(ADUN BATU CAVES).Ceramah tersebut di pengerusikn oleh saudara AZMAN NASRUDIN(KETUA AMK SG PETANI).
Ceramah malam itu menjurus kan kepada penerangan dengan apa yang berlaku pada politik sekarang.Terima kasih kepada petugas-petugas yang menjayakan program itu.

TOUR MERDEKA
2 August 2008
HARAPAN BARU ANAK MUDA MALAYSIA..
Semperna bulan kemerdekaan ini , satu program AMK akan berlangsung di Sungai Petani.Program ini akan diadakan di Taman Keladi Sg Petani,pada 2/08/08 jam 9 malam.Penceramah- penceramah pada malam itu terdiri dari EXCO-EXCO AMK.Mereka terdiri dari YB NURUL IZZAH,YB NASIR MUSTAFA,YB K.SAVEN, YBHG CHEGU BADRUL HISHAM,YBHG SAIFUL IZHAM, YBHG AMIZUDIN AHMAT, YBHG ZULKIFLI IBRAHIM,YBHG GENIE LIM, YBHG AZMAN NASRUDIN.

Monday, February 16, 2009
PROGRAM AMK SG PETANI BERSAMA DSAI DI KULIM
Ahad, July 27 2008
KULIM
Sekali lagi AMK SG PETANI di beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan DSAI.Program ini telah berlangsung di dewan CRC KULIM.AMK SG PETANI menghantar serami 20 orang untuk mengalas tugas tersebut.Pasukan keselamatan dari AMK SG PETANi ini telah di beri nama sebagi SQUAD AMK SG PETANI.Program di berjalan dengan lancar bersama dengan keselamatan bahagian lain.Sekali lagi terima kasih di ucapkan kepada semua yang terbabit dalam program malam itu.Saya amat terharu sekali dengan komitmen yang diberikan.

PROGRAM AMK SG PETANI BERSAMA DSAI DI KOTA SARANG SEMUT
Sunday, July 13, 2008
KOTA SARANG SEMUTProgram DSAI di KOTA SARANG SEMUT berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah tidak diingini berlaku,ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua petugas keselamatan khususnya melibatkan AMK SG PETANI,AMK SG PETANI telah menghantar 20 orang untuk menjaga keselamatan khususnya keselamatan DSAI.Komitmen yang di tunjukkan oleh AMK SG PETANI amat memberansangkan.Dengan komitmen yg ditunjukan itu juga akan dapat menaik semangat dan mutu AMK SG PETANI pada masa hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)