25 March 2009
Kuala Lumpur..
Keputusan Pengerusi tetap,Ketua,Naib Ketua dan Ajk bagi pemilihan sayap Umno seperti wanita,pemuda dan puteri telah pun di ketahui .bagi yang tengok tu tau sendiri la kan takyah la Bintang nak highlight kat sini.. yang menarik perhatian Bintang bukannya siapa yang menang ataupun tentang perkembangan persidangan itu ... tapi yang menarik nya Bintang ada terlihat satu slot kat TV ketika pengumuman utk sayap puteri umno... Erm bukan main semangat lagi para-para penyokong bagi calon masing-masing yang bertanding... tapi apa yang menarik nya kegamatan keadaannya cam pernah je Bintang tengok... Tak ubah seperti program realiti tv yang terkenal tu ... Akademi Fantasia... Tak sangka lak bintang ye perhimpunan yang bersejarah itu jadi cam tu... Agak-agaknya Af tiru mereka atau mereka tiru Af ...atau dalam Af tu ada mereka... pikiaq-pikiaq la..
Thursday, March 26, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Di Sambut Dengan Pancutan Air Dan Gas Pemedih Mata
23 March 2009
Taman Ria Jaya,Sungai Petani.
Ucapan pembuka kata DSAI di sambut dengan pacutan air pasukan FRU di susuli dengan gas pemedih mata.Kejadian berlaku di taman ria jaya .Bintang sedih bila tengok budak-budak kecil menangis ,pakcik-pakcik dan makcik-makcik habis tempiaran lari.di bawah ini bintang siarkan laporan dari malaysiakini.
Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Sumber PKR memberitahu Malaysiakini, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat penasihat PKR bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku tidak sampai lima minit selepas mantan timbalan perdana menteri memperkenalkan calon PKR bagi kawasan pilihanraya DUN itu kepada hadirin.
Difahamkan polis melepaskan tembakan gas itu dalam tempoh dua jam sehingga 11.30 malam ke arah kumpulan orang ramai.
Berikutan itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah Anwar yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani terpaksa dibatalkan.

Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang - termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.
Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob.
Selain kehadiran awal pasukan pencegah rusuhan FRU, polis juga dilaporkan mengadakan sekatan jalan raya menuju ke tempat ceramah.
Sunday, March 22, 2009
PROGRAM PELANCARAN JENTERA PEMUDA PR N25 BUKIT SELAMBAU

22 March 2009
Padang Awam ,Taman Bandar Baru ,Sg Lalang.
Satu himpunan pemuda telah di adakan di Padang Awam Taman Bandar Baru,Sg Lalang.Himpunan tersebut adalah Program Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya kecil N25 DUN Bukit Selambau..Bintang dan juga teman-teman dari Amk Sg Petani juga turut serta dalam program tersebut.Komitmen dari pemuda dari PAS dan juga AMK amat dihargai.
Saturday, March 21, 2009
N25 BUKIT SELAMBAU - MANIKUMAR

DSAI bersama pemimpin yang lain dalam sidang media dan mengumumkan Manikumar sebagai calon.

Pengumuman calon N25 Bukit Selambau
20 March 2009
Yayasan Aman ,Sg Lalang
DSAI telah mengumumkan Manikumar A/L Subramaniam 35 , sebagai calon PKR bagi mempertahankan kerusi N 25 Bukit Selambau yang telah dikosongkan ekoran dari perletakan jawatan Arumugam.Majlis tersebut berlangsung di Yayasan Aman Sg lalang.MB Kedah juga turut sama dalam majlis tersebut dengan pemimpin parti PKR yang lain.Manikumar adalah seorang ahli Perniagaan lulusan MBA Univ Utara Malaysia..Bintang.
Wednesday, March 18, 2009
Hormat Keputusan Muktamar
Keputusan muktamar perkukuh Pakatan Rakyat perlu dipertahan - Nik Aziz
KOTA BHARU, 18 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.
"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.
"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.
"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.
Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.
Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.
"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.
"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya.

Baring Atas Jalan...Baling Batu..!!!
18 March 09
Pemimpin PKR dikepung penyokong Umno ( Malaysiakini )
Bintang jadi terkejut beruk jap bila baca petikan di atas ... tersenyum gak bila Bintang fikir-fikir balik.. kalau dulu ,bab baring atas jalan ni selalu nya parti pembangkang yang teror... bab baling batu ,pembangkang yang handal... perkara moral buruk ni selalu di tujukan kat pembangkang tapi hari bertukar hari,bulan berganti bulan... perkara itu dah bertukar... apa-apapun ia di bayar cash ... baca la petikan di bawah... pikiaq-pikiaq la.
Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi. Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka. Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.Mohd Ali, juga seorang naib presiden Umno, semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembaga disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.Kumpulan itu, tambahnya, mula berkumpul sekitar kompleks itu mulai jam 12.30 tengah hari dengan membawa bendera Umno dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap ketua menteri itu.Identiti sebenar kumpulan itu tidak dapat dikenal pasti, kata Shamsul Iskandar lagi.Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".Akibat tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak menyebabkan suasana riuh-rendah.Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu kemudian bersurai. Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.Shamsul Iskandar juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu sebagai reaksi terhadap keputusan lembaga disiplin Umno semalam."Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.Dalam aduannya, pemimpin muda itu turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga berkenaan.Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.

Tuesday, March 17, 2009
AMK SIAP SEDIA UNTUK MEMIMPIN....??

Sebahagian dari AMK Sg petani

Para-para peserta Kursus Kepimpinan

MP SUNGAI PETANI(DATO JOHARI ABDUL)

PENGARAH STRATEGI PKR(YB SAIFUDDIN NASUTION)
13 & 14 March 09
Baru-baru ni Bintang bersama Amk Sg Petani telah menghadiri satu kursus kepimpinan di KEDA RESORT BENDANG MAN SIK pada 13 dan 14 hb MAC 2009.Bintang gembira dapat berjumpa teman-teman dari seluruh Amk dalam negeri Kedah.Di samping pula mendapat ilmu dari Penceramah-penceramah handalan yang memberi ilmu tak terkata nilainya.Pagi tu di mulakan dengan Sdr Cikgu Man( Boss Kami ) dengan taklimat program.Antara Penceramah-penceramah yang hadir pada hari itu ialah PENGARAH STRATEGI PKR(YB SAIFUDDIN NASUTION)SETIAUSAHA AGUNG PKR(DATO SALAHUDIN HASHIM)TIMBALAN KETUA AMK PUSAT(SAUDARA FARIZ MUSA)MP SUNGAI PETANI(DATO JOHARI ABDUL) dan MPT PKR merangkap ketua AMK KEDAH(SAIFUL IZHAM RAMLI).Bintang rasa seronok sekali di sepanjang kursus tu.Kepada yang menghadiri kursus tersebut Bintang ucapkan Syabassss....
Sunday, March 15, 2009
KONVOI...,MENGEDAR.....????????

Konvoi dari KEDA Resort bendang Man SIK ke Bukit Selambau

ERMMM... Lebih Dari 15 buah berbagai jenis kenderaan.

Tibanya Di pekan Bukit Selambau

Para-para peserta sedang mengedar risalah

Sebahagian dari peserta.

Sebahagian dari peserta.
14 March 09
Lama dah Bintang dan teman-teman AMK Sg Petani tak berkonvoi...Bintang merasa gembira kerana di beri peluang berkonvoi bersama-sama dengan teman AMK Sgpetani berserta Teman AMK Kedah yang lain.Tapi rasa sedih gak kerana ada gak teman Bintang yang lain dalam AMK Sg Petani tak turut serta...tapi takpa next time la.....BOLEHKAN BOSS???????Di sini Bintang sertakan gambar Konvoi AMK Sgpetani bersama AMK Kedah dari Bendang Man Sik ke Pekan Bukit Selambau untuk program mengedar risalah kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau.
Saturday, March 7, 2009
DERHAKA DAN SEJARAH...
Para pemimpin Umno-BN dan para penyokong fanatiknya mendakwa para pemimpin serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) menghina Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana enggan menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru pada 4 Februari lalu.Apatah lagi, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh Sultan Perak. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu menyaman Sultan Azlan Shah (walaupun tidak dipersetujui pemimpin PR yang lain) dan BN.
Ekoran itu, demonstrasi demi demonstrasi diadakan oleh Umno-BN dan penyokongnya di seluruh negara dengan pelbagai sepanduk mengecam Nizar dan Karpal. Karpal sendiri menghadapi 84 laporan polis terhadapnya. Beliau segera dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.
Cepat sungguh Polis Diraja Malaysia bertindak atas laporan polis terhadap pemimpin pembangkang sebaliknya para pemimpin BN yang memang 'penjenayah' dan 'perompak' harta rakyat, laporan polis itu entah ke mana lesapnya!
Sikap hipokrit dan 'double-standard' Umno terserlah apabila mereka turut turun ke jalan raya berdemonstrasi membantah ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu di Perak walaupun mereka juga yang mengatakan demonstrasi bukan budaya kita.
Nampaknya, jika dilakukan oleh mereka, demonstrasi jalanan tersebut tidak menjadi satu kesalahan. Karpal sendiri mempertikaikan perkara ini. Katanya, demonstrasi Pakatan Rakyat dihalang, tetapi demonstrasi Umno-BN dibenarkan walaupun tanpa permit.
Menantu kesayangan Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin juga kini mahu menjadi jaguh dengan mengecam Nizar dan Karpal dalam demonstrasi jalanan yang ditajanya. Beliau turut meminta penderhaka dihalau dari bumi Perak.
Nampaknya, Khairy mudah lupa kerana dahulu beliau juga yang menganggap para demonstrator jalanan adalah monyet. Tetapi, sekarang kerana mempertahankan kerajaan haram di Perak, beliau sanggup menjadi monyet.
Semua orang tahu ini hanyalah sandiwara Khairy sahaja untuk meraih sokongan dalam pertandingan memilih Ketua Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac nanti.
Demonstrasi bukan budaya kita. Bagaimanapun, ia menjadi budaya murni dan halal jika menyokong kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN!
Bandingkan dengan demonstrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Februari lalu. Tiada satu pun kain rentang oleh penunjuk perasaan berbunyi kasar serta menghina Sultan Perak dan Raja Muda.
Apa yang terpampang hanyalah ayat "Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan DUN Perak" dan "Menuntut Bubarkan DUN, Kembalikan Kuasa Rakyat".
Nizar menderhaka? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Azlan. Tetapi, tidak menggunakan perkataan tidak bersetuju. Sebaliknya, beliau menggunakan perkataan "Sembah patik sembah derhaka."
Bukannya beliau menderhaka seperti yang ditafsirkan oleh akhbar arus perdana kroni kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. "Sembah derhaka" itu telah dijadikan isu, sedangkan selama ini pemimpin Umno yang kerap menderhaka kepada Sultan. Kepada Allah SWT pun mereka menderhaka, apatah lagi kepada Sultan yang juga manusia ciptaan Allah.
Nizar enggan meletakkan jawatan kerana jawatan dan kerajaan pimpinannya dirampas secara tidak bertamadun oleh pemimpin kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. Beliau dan kerajaan tidak dikalahkan, tetapi dinafikan secara haram menerusi rampasan kuasa yang sebenarnya memalukan Umno-BN.
Mana mungkin seorang yang bermaruah dan dipilih oleh rakyat mahu tunduk pada perbuatan tidak bermaruah dan penuh kehinaan? Siapa sahaja yang bermaruah akan mempertahankan diri jika dianiayai.
Berkaitan dengan isu di Perak ini, Umno-BN cuba menggambarkan imej buruk Pakatan Rakyat, iaitu tidak mendengar titah raja. Sejak bila pula Umno-BN begitu taat setia kepada raja dan menjadi pembela berani mati?
Umno biadap pada Raja-raja Melayu
Ingin ditanya, siapakah yang terlebih dahulu derhaka kepada raja? Kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN sudah lupa siapa yang menentang dan menghina Sultan Terengganu (yang juga Yang di-Pertuan Agong) dalam pemilihan Dato? Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu pada bulan Mac tahun lalu?
Cepatnya Umno-BN lupa pada demonstrasi oleh penentang pelantikan Ahmad itu? Ia adalah atas arahan Abdullah sendiri. Sehingga kini, langsung tiada siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat.
Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar.
Penyokong Umno/BN mahu Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.Mereka menyanggah pihak istana yang diwakili Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.Tindakan biadap Umno itu memang mengundang kemarahan pelbagai pihak serta menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat umum, termasuk Istana Tuanku.
Antara slogan pada kain rentang yang menimbulkan ?ketegangan? itu adalah seperti ?Kami Nak Idris, Natang? (binatang) yang disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen TV negara kita.
Perkataan ?Natang? itu adalah dialek Terengganu yang bermaksud 'Binatang?. Ia ditujukan kepada siapa? Adakah kepada pihak Istana Terengganu atau Raja-raja Melayu yang menjadi sasaran emosi pemimpin serta penyokong tegar Umno/BN Terengganu? Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat Ahmad Said yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal.
Umno Terengganu yang diketuai Idris dan Rosol Wahid memprotes secara terang-terangan watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui MPPR. Sehingga kini, Abdullah tidak dibicarakan, apatah lagi dijatuhi hukuman setimpal. Bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia sudah menyedari bahawa Umno-BN yang sebenarnya adalah ?penderhaka? bertopengkan agenda perjuangan orang Melayu.
Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga lupa beliau pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah.
Lupakah bahawa Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain.
Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan, malah buat kali pertama selepas kemerdekaan, pemimpin kerajaan yang dikuasai Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum anjuran Umno itu telah menyebabkan raja dipandang hina oleh masyarakat awam.
Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.
Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
Seterusnya, pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.
Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu.
Jadi, sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan.(Petikan Hrkh 20FEB)

3 R ????????
MELAKA,
Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar berkata BN menggunakan '3R' iaitu sentimen Race, Religion, Royal (Bangsa, Agama dan Sultan) untuk mengekalkan kuasanya."Hanya dengan 3R ini sahajalah talian hayat yang BN ada kerana isu-isu lain sudah tidak laku dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat. Dengan sentimen bangsa (race) BN meniupkan api perkauman di kalangan bangsa Melayu agar mereka kembali menyokong BN khasnya Umno.
"Sebab itu kita lihat Umno menggunakan isu DAP anti melayu, seperti isu Pengerusi DAP Johor yang dikatakan menyamakan dasar bumiputera dengan dasar apartheid lalu Umno membesar-besarkan isu ini untuk menagih simpati orang Melayu," kata Khalid.
Mengenai sentimen agama (religion) pula katanya, jelas sekali BN sering memainkan isu negara Islam yang bertujuan menjauhkan bukan Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.
"Isu ini sering dimainkan pada setiap kali Pilihan Raya dan begitu juga dalam kes azan di Selangor di mana BN menuduh Teresa Kok terlibat dalam isu ini.
"Selain itu BN sehari dua cuba membangkitkan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat. Pakatan Rakyat khasnya di Perak dituduh sebagai penderhaka kerana didakwa tidak mahu tunduk kepada keputusan Sultan melantik Menteri Besar (MB) dari kalangan BN," tambahnya.
Malah menurut Khalid, BN yang sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana merekalah yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 90-an dulu.
"BN sebenarnya dalam kelemasan sekarang kerana rakyat mula sedar kegagalan dan kelemahan BN setelah memerintah negara selama 50 tahun, ekonomi makin parah, rasuah membarah, harga barang melambung, politik kacau bilau dan ketelusan serta keadilan tiada lagi," ujar Khalid.(HRKH)

AL-FATIHAH ( ZUBIR ALI )
6 March 09
KUALA LUMPUR
"Satu kehilangan besar buat negara dalam dunia kesenian Islam." Demikian luahan tokoh seni dan budaya, Dinsman, yang merupakan sahabat baik Allahyarham Zubir Ali apabila menjelaskan betapa kepulangan alllahyarham Zubir merupakan satu kehilangan besar bagi kesenian Islam di negara ini.
"Saya mengenali Zubir sewaktu sama-sama belajar di Maahad Mahmud, Alor Setar. Kemudian kami sama-sama meneruskan pengajian ke Kolej Islam, Klang. Seterusnya kami menyambung pengajian di Universiti Malaya.
"Kami sama-sama memperjuangkan kesenian Islam. Saya di bidang teater dan Allahyarham di bidang Muzik. Di Universiti Malaya, kami sama-sama dalam KESUMA. Saya mempersembahkan teater, Allahyarham mencipta lagu-lagu untuk teater tersebut,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.
Allahyarham merupakan bekas vokalis kumpulan Harmoni yang popular dengan lagu 'Penantian'. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kebudayaan, Pembangunan, Perkhidmatan dan Kegiatan, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.
"Beliau tidak pernah lokek dalam memberi ilmu. Seorang insan yang cukup mudah didekati,malah kalau pelajar datang untuk mendapatkan nasihat serta pandangan mengenai aktiviti seni beliau sentiasa berada bersama mereka tanpa mengira masa,"jelas Penyunting Harakah,Mohd Khalil yang pernah berguru dengannya semasa menuntut di Universiti Malaya sekitar tahun 1996-2000.
Tambahnya, Zubir tidak hanya membantu pelajar dari sudut aktiviti seni muzik malah pernah turut melibatkan diri dalam kegiatan seni lain seperti Teater dan acara Deklamasi Puisi.
"Paling tidak dapat dilupakan,allahyarham banyak memberikan tips-tips yang berguna untuk menjadi seorang pendeklamator yang baik,"katanya yang pernah mewakili Universiti Malaya ke peringkat IPT dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan.
Paling terasa bagi pelajar,kata Khalil, Zubir tidak akan menghampakan sebarang undangan di peringkat universiti jika ia melibatkan aktiviti pelajar.
"Beliau tidak pernah meminta sebarang bayaran...walaupun dirinya dikenali sebagai penyanyi dan komposer terkenal negara...kalau diundang,khalayak tidak akan sunyi dengan petikan gitarnya dengan deretan lagu-lagu puisi,"tambahnya sambil menyifatkan allahyarham antara insan yang sukar dicari ganti sebagai pensyarah dalam bidang yang pelbagai.
Antara lagu, lirik dan nyanyian Zubir Ali yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi sesiapa yang mendengarnya iaitu Balada Gadis Kecil mengenai penderitaan seorang gadis kecil bernama Munir diceritakan dalam elemen lagu puisi yang cukup menyentuh perasaan. Lagu tersebut juga pernah memenangi Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia 1983.
Dalam satu temubual bersama Harakahdaily mengenai pelancaran album ketiganya 'Zubir Ali 06' tiga tahun lalu, beliau menyatakan tidak semua penyanyi dapat menyanyikan lagu-lagu puisi kerana jiwa puisi agak berbeza. Lantaran itu beliau lebih selesa menyanyikan sendiri lagu-lagu ciptaannya.
"Lagu-lagu saya ditulis dengan hati dan sesiapa yang 'mempunyai hati' akan tertarik dengan lagu-lagu saya. Dan lagu saya ditujukan untuk mereka boleh mendengar sesuatu yang murni. Lagu saya bukan sekadar untuk berhibur tetapi juga mengajak manusia berfikir mengenai kehidupan," jelasnya dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakahdaily.
Zubir yang merupakan komposer, penyanyi lagu-lagu puisi dan pendidik kepada pelbagai insan seni meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 11 pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan insan-insan yang soleh. Al-Fatihah.(Hrkh)

Monday, March 2, 2009
CERAMAH DSAI DI BUKIT SELAMBAU
CERAMAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
CERAMAH SEMPENA KEMPEN PRK N 25 BUKIT SELAMBAU
TARIKH:7 MAC 2009
WAKTU :9 MALAM
LOKASI:MARKAS PAS TAMAN CEMPAKA,SG LALANG BUKIT SELAMBAU
PENCERAMAH:
1)DATO SERI' ANWAR IBRAHIM
2)UST AZIZAN ABD RAZAK(MB KEDAH)
3)YB AZMIN ALI
4)YB XAVIER JAYAKUMAR
DATANGLA BERAMAI-RAMAI......

LALAT oh LALAT

Hujung minggu Bintang tak keja ,biasa la cuti rehat-rehatkan badan.Dalam tghari waktu Bintang berehat di ruang tamu. Seekor lalat telah menganggu Bintang yang sedang berehat sambil menonton tv.Apa yang ingin cerita kat sini bukan kisah Bintang dok berehat tapi Bintang tertarik dengan LALAT tersebut.. Bintang ronda-ronda la dalam rumah mencari mana datangnya si LALAT tersebut ,oooo rupanya sampah dalam rumah tak buang lagi... Mengungkap kisah si LALAT ni adalah dia suka benda-benda busuk,ataupun lebih senang cakap,kat mana ada tahi kat situ ada LALAT.. 1.30pm ermmm ada berita kat TV ...Yang tertariknya mengenai berita Menghina Tuanku Sultan Kedah..Ada pihak yang tak putus-putus buat laporan polis mengenai isu tersebut.lepas bahagian A buat laporan pastu bahagian B lak.. Yang peliknya ada je isu ..pihak-pihak ni je yang muncul.. Bila Bintang terpandang LALAT lintas depan tv.... maka Bintang senyum sendiri... Pikiaq-pikiaq la......
Ceramah di Taman Wira

28 Feb 09
CERAMAH DI TAMAN WIRA SG PETANI,
Sambutan agak memuaskan pada malam tersebut.Ramai yang keluar untuk mendengar isu-isu yang terkini .Kalau tak silap malam sebelum itu Umno telah buat satu ceramah pada tempat yang sama yaitu di padang Awam Taman Wira Sg Petani tapi sambutan tak mengalakkan.Terima kasih AMK Sg Petani kerana datang memberi khidmat pada malam tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)