Thursday, April 30, 2009
Penanti: Pemuda PAS PP tetap mahu letak calon
Bintang ada terbaca artikel ini kat malaysiakini.Bintang pun rasa tak paham dan terkedu kejap napa jadi cam tu ,bintang bukan nak mengeruh kan suasana tapi hanya sekadar nak tahu je...Pada teman-teman yang arif yang boleh bagi jawapan soalan ini...silakan......
Tuesday, April 28, 2009
DR MANSOR OTHMAN CALON PKR
Dr Mansor Othman telah di umumkan oleh ketua umum PKR, DSAI sebagai calon yang sah untuk bertanding di DUN Penanti N12 yang telah di kosongkan itu.Penamaan calon akan di adakan di IKBN Bukit Mertajam pada 23 Mei (Sabtu) dan hari mengundi pada 31 Mei ( Ahad ).
Untuk Semua AMK ayuh rapatkan saf untuk pergi berjuang di DUN Penanti demi mempertahankan kerusi itu milik PR.
Untuk Semua AMK ayuh rapatkan saf untuk pergi berjuang di DUN Penanti demi mempertahankan kerusi itu milik PR.
Monday, April 20, 2009
LUMBA BASIKAL SINGGAH DI SUNGAI PETANI
20 April 2009
Dataran Sungai Petani.
Hari ni Bintang berkesempatan melihat lumba basikal.Bintang tinjau-tinjau,rupanya Lumba basikal jelajah malaysia di atas tajaan Electcoms.Hari ni peringkat kedua dari Ipoh ke Sungai Petani.Jadi tempat penamat di adakan di Dataran Sungai Petani Kedah.Pelumba Kebangsaan yaitu Anuar Manan menang di tempat kedua..Tahniah-taniah..Di samping itu kelihatan juga Exco Perlancongan Negeri Kedah,Yb Radzi,Ahli Parlimen Merbok,Dato Rashid dan Exco Kedah S.Manikumar datang menyerikan lagi majlis itu.
Thursday, April 9, 2009
RILEX DAN BUKA MINDA..
Penamaan calon dah sudah.. Berkempen pun dah sudah .. Waktu mengundi pun dah sudah .. Keputusan memihak pada Pakatan Rakyat.. Tahniah-taniah, kerana kemenangan itu.Tahniah juga kepada petugas yang bertungkus lumus demi untuk kemenangan PR.Sekarang petugas-petugas pun dah mula tinggalkan lokasi untuk kembali kerumah masing-masing.. Apa Bintang nak Share adalah apakah nasib dan komitmen kita setelah kemenangan.Bila kita balik semula ke bahagian atau kawasan masing-masing adakah komitmen yang kita tunjukan masa PRK itu sama.maklum la masa PRK ramai pimpinan tertinggi turun tapi bila di kawasan kita sapa yang nak tengok.. Bintang tak masuk mana-mana pihak.. banyak yang bintang belajar dari apa yang bintang tengok dan dengar masa PRK baru-baru ini. Banyak suara-suara keluar termasuklah yang kurang senang ,yang tidak puas hati dan macam-macam lagi.. bagi bintang semua itu adat la.. nama pun manusia. tapi yang Bintang bimbang dan sedih ialah kita menang di bukit selambau dan bukit gantang tapi bila kita balik semula di kawasan masing-masing bermulala yang nak berpuak-puak.. bintang sayangkan parti jadi bintang taknak la terjadi cam tu kalau boleh selepas kemenangan ini kita perlukan mantapkan lagi parti kita akan pihak lawan gerun.. tapi jangan lak pihak lawan senyum lak sebab tengok apa yang jadi kat kita sama je yang ada kat lepa..pikiaq-pikiaq la...
MASA UNTUK BERKHIDMAT
Kemenangan, satu pengiktirafan golongan muda ,
KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin berpandangan referendum rakyat khususnya referendum golongan muda telah memberi pengiktirafan kepada calon muda, S. Manikumar yang akan membawa mandat rakyat Bukit Selambau dan keseluruhan rakyat negeri Kedah.
Beliau menegaskan kemenangan tersebut juga merupakan perjuangan untuk melakukan perubahan kerana calon yang dipilih bukan sekadar wakil rakyat tetapi bertanggungjawab melakukan perubahan pentadbiran pada politik negara.
Sementara itu, Shamsul Iskandar juga berpendapat kemenangan tersebut juga terus memperkasa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah serta mengubah sebuah pentadbiran yang 'bobrok' dan korup.
"Ini juga membuktikan pengaruh Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi relevan dalam politik Malaysia yang mana Bukit Selambau serta Bukit Gantang menguburkan beliau,"katanya. .
BINTANG ,untuk mengekalkan kemenangan pada masa akan datang maka bermula la masa untuk berkhidmat pada masyarakat yang memerlukan .. jangan biarkan nanti masyarakat menilai kita seperti mereka menilai BN/Umno.. Pikaq-pikiag la

Tuesday, April 7, 2009
TAHNIAH BUAT YANG MENANG!!!!!!
7hb March 2009
Tahniah buat kedua-dua calon PR kerana berjaya mempertahankan kerusi PR yang telah di menangi oleh PR sebelum ini.Rakyat mampu menilai dengan apa yang berlaku di kedah dan juga di perak... apa-apa pun kuasa di tangan rakyat.Sambutan kemenangan PR di sambut oleh semua yang mengundi PR tapi buat yang menang ..Tahniah sekali lagi buat S.Manikumar (Bukit Selambau) ,Dato Seri Nizar (Bukit Gantang)Lepas ni kena la selalu turun padang untuk bertemu dengan rakyat yng telah mengundi calon-calon yang menang.Jagalah bukit-bukit ini dengan baik .Rakyat dah menilai dan membuat pilihan so jangan la menghampakan hati rakyat.. Bintang tertarik dengan satu perpatah... Daun kari di cari untuk menyedapkan masakan tapi setelah masakan sudah siap di masak daun tersebut di ketepikan untuk di makan isinya.. pikiaq-pikiaq la..

Subscribe to:
Posts (Atom)