Tuesday, May 26, 2009

Sogok: Aminah serah bukti baru

Calon bebas - mendakwa PKR cuba menyogoknya agar tidak bertanding di Penanti - menyerahkan bukti tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aminah Abdullah berkata beliau menyerahkan salinan cakera padat audio dan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan dua wakil PKR kepada suruhanjaya itu di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Menurutnya, selain merekodkan keterangannya, SPRM turut mengambil kelengkapan MP4 yang digunakan untuk merakam perbualan serta telefon bimbit yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wakil PKR.

"Dalam MP4 itu ada rakaman perbualan siri kedua dan ketiga antara saya dan pihak berkenaan (PKR) dan ia tidak sama dengan perbualan yang terdapat dalam cakera padat (yang diedar kepada media) semalam," Aminah dipetik berkata.

SPRM berminat menyiasat lanjut Aminah dan perkara itu disahkan oleh calon berlambangkan kunci.

"Hari ini, saya akan pergi lagi ke SPRM untuk melengkapkan laporan dan siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika ditemui media.

Semalam beliau mendakwa ditawarkan jawatan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, jika menang, dan RM80,000 jika menarik diri agar tidak mencabar calon PKR Mansor Othman pada pilihanraya kecil DUN tersebut.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim memberitahu agensi berita itu bahawa suruhanjaya itu mungkin mengambil lagi keterangan Aminah hari ini.
Bintang hanya nak sampuk sikit je.. apabila bintang baca coretan diatas ni Bintang terpikir gak napa kak minah tak nak terus cakap je siapa org yang jumpa tu... tak yah dok pening-pening dah dan satu lagi pertemuan yang di maksud tu cam jadi satu cerita cerekarama lak.. napa cam tu erkkk..pikiaq-pikiaq la

Monday, May 25, 2009

KONVENSYEN AMK SG PETANI.

24 hb MAY 2009
Ins Pertubuhan Peladang Sg Petani

Amk Sg Petani dengan pertama kalinya menganjurkan Konvensyen Amk Sg Petani yang bertempat di IPP Sg Petani.. Walaupun kehadiran agak mengecewakan tapi sekurang-kurang berjaya juga Amk Sg Petani dapat menganjurkannya walaupun jadual Amk Sg Petani agak sibuk sikit dengan PRK Penanti.Dalam program itu Amk Sg Petani telah menjembut Timb Ketua Amk Pusat iaitu Fariz Musa dan Saiful Izham Ketua Amk Kedah untuk membentangkan kertas kerja mengenai Halatuju Anak Muda terutama kepada AMK sendiri.
Tahniah buat Amk Sg Petani.. Kat sini Bintang nak tegur sikit la pasal Konvensyen tu bukan apa untuk Bintang sendiri gak... Bintang tak kisah andai kehadirannya tak la ramai sangat kerana ini adalah pertama kalinya AMK Sg petani anjurkannya mungkin lepas ni kehadirannya akan bertambah tapi yang menariknya Ajk sendiri pun ada yang tak nampak batang hidung.. Bukannya tak tau yang amk ada program tu.Dalam mesyuarat pun dah cakap tapi tak ada respon gak.. bintang pun tak tau napa.. Kenapa ajk sendiripun tak nak support.. mungkin la program ni tak penting kot.. Lepas ni Bintang rasa AMK sg petani kena anjurkan program agihan projek kita tgk la berapa banyak Ajk yg nak datang..pikiaq-pikiaq la...

Saturday, May 16, 2009

Amk Sg Petani Berperang...








15 hb May
Padang Temusu,Sungai Petani.

Amk Sg Petani julung kalinya menganjurkan perlawanan persahabatan Futsall antara Amk Kedah.Antara Amk yang terlibat dalam perlawanan itu adalah dari Amk Sg Petani,Amk Merbok,Amk Sik,Amk Baling dan Amk Kulim/Padang Serai.Objektif program ini adalah untuk menguatkan lagi silaturahim antara Amk Kedah demi memupuk satu angkatan muda yang kuat.Perlawanan ini tiada erti kalah dan menang tapi semangat setiakawan dalam pasukan di utamakan.Ermmm lepas ni mana Amk nak anjur pulak ye.....