Pegawai MB Kedah didakwa kahwini isteri orang
4Jun Malaysiakini.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta menyiasat kesahihan dakwaan sebuah laman blog kononnya seorang pegawai khasnya berkahwin dengan isteri orang.
Naib Ketua Pemuda Umno Kedah Haris Che Mat memberitahu pemberita hari ini bahawa pergerakan itu mengesan dakwaan berkenaan dalam satu blog baru-baru ini, lapor Bernama.
Katanya walaupun dakwaan laporan itu diperoleh daripada sumber yang boleh diragukan, Pemuda Umno memandang serius isu itu kerana ia melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan.
"Kita merasakan ia bukan sahaja menyalahi hukum syarak dan undang-undang jenayah syariah yang secara tidak langsung membabitkan imej, maruah serta nama baik kerajaan negeri pimpinan PAS.
"Perkara ini tidak patut berlaku, kerana pimpinan Pas memperjuangkan Islam dan menjadikan Islam sebagai landasan politiknya, dan sekiranya benar berlaku, menteri besar perlu bertanggungjawab," kata Haris.
Mengikut laman blog bertarikh 26 Mac lepas, pegawai berkenaan telah bernikah dengan seorang wanita yang masih merupakan isteri orang selepas wanita itu tidak mendapat nafkah selama lapan bulan daripada suaminya.
Bintang gelihati lak bila baca artikel ini.. seolah-olah dah tak ada isu dah nak di gembar gemburkan.Benda ni bukan benda baru tapi dah jadipun sebelum-sebelum ni satu kedah dah tau tapi bintang malas la nak ungkap balik.. tapi bagi mereka dah lupa lak sejarah sebelum ni.
Daripada kita nak tembak orang tak tentu arah lebih baik kita pikir nasib rakyat lagi baik.Kita pikir projek untuk kemudahan rakyat yang masih tertangguh ataupun tak buat lagi yang telah di luluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini.Ataupun kita pikirkan cam mana nak tampung bebanan hutang GLC yang semakin merundum..pikiaq-pikiaq la..
Friday, June 5, 2009
Monday, June 1, 2009
PKR ( DR MANSOR ) KEKALKAN KEMENANGAN DI N12 PENANTI
31 MAY 2009
Penanti
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.Sepanjang sehari Bintang di sana rasanya tiada kick rasa nya suasana PRK N12 kali ini kerana BN tak bertanding.. Keadaan bergitu aman sekali.Walaupun Peratus keluar mengundi kurang tapi hasilnya memuaskan..Buat yang kalah tu harap terima la dengan seadanya ,maka tamat la cerita sensasi yang selalu di tayangkan di tv setiap malam.tapi tak tau lak kot-kot ada cerita bahagian kedua lak,kecian gak publicsiti dah ok ,muka pun hampir tiap-tiap malam masuk tv berbanding calon-calon lain.tapi dok no 3 dalam carta yang tak masuk tv pun boleh menang sampai majoriti 5558 dan 494.Mungkin orang dah tak nak tengok cd dah kot .. takpa kita buat kat layar perak lak nanti..Buat teman-teman petugas dari AMK Kedah selamat berehatla kerana komitmen dengan PRK.tak lupa untuk AMK Sungai Petani terutama yang sepenuh masa macam puad,acik dan wak lepas ni boleh tidur lama sikit boleh rilek-rilek bersama keluarga dan keka*****tuuuuut..Buat AMK-AMK yang lain selamat pulang ke negeri masing-masing.

Subscribe to:
Posts (Atom)