Tuesday, July 14, 2009

TAHNIAH!!! Walaupun Nyawa-nyawa ikan

Syabas buat PAS kerana berjaya mengekalkan kerusi Manek Urai walaupun majoriti kurang tapi tetap menpertahankan kerusi tersebut.Terima kasih juga buat petugas-petugas yang bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen.
Calon dari PAS Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5348 dan Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5283.. Hanya perbezaan 65 undi.Walaupun tipis tapi tetap menang lepas ni kita cari apa puncanya.
Bagi BN lak tak ada nak kata apa la sebab dah banyak duit dah labur tapi tetap kalah juga cuma yang boleh lepa nak cakap BN hanya boleh tambah pengaruh..tu pun tah betui ke idak..
Satu lagi yang Bintang nak selit kat sini..kesian kat Puteri Umno yang kena baling batu..mereka tak bersalahla... tapi kepada sesiapa yang pernah berhadapan dengan mereka ketika Pilihanraya tau la cam mana ..Pikiaq-pikiaq la

Monday, July 13, 2009

Undi BN dapat jambatan baru

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Apa hal ni...ikhlas ke tak nak buat jambatan siap bagi syarat..napa kerana Kelantan dibawah pentadbiran PAS so Kerajaan kena buat syarat cam tu.. Celikkan mata dan bukakan minda.. sebelum ni sapa yang kenal Manik Urai.. tapi sekarang satu malaysia dah tau kat mana manik urai tu.. bukan kerana ada pilihanraya kecil tapi kat citu sedang di landa hujan emas...pikiaq-pikiaq la

Sunday, July 12, 2009

SUSULAN PPSMI DI MANSUHKAN!!!!!!!!

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Bercakap kepada pemberita di PWTC , Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Sebelum itu..Ketika ditanya mengenai nasib orang Melayu di negara ini, Dr Mahathir berkata, ianya bergantung kepada orang Melayu sendiri.

“Mereka harus bertindak untuk orang Melayu tetapi lima tahun pentadbiran (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi rosak semua - rakyat, ekonomi, kewangan dan parti-parti BN.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

KESIMPULANNYA .. Bila pekerja tak dengar cakap BOSS cam ni la jadi nya.. mula la keluar sikit-sikit dengan sendiri ,,,Pikiaq-pikiaq la

Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003."Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin .

APA KATA DR M... Kira-kira sejam selepas pengumuman dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikannya.
Beliau memaklumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pegawai kanan kementerian bertemunya Isnin lalu untuk memaklumkan keputusan memansuhkan dasar yang diperkenalkannya pada 2003.Dalam kenyataan awal empat ayat itu, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut, sebaliknya mengungkapkan kembali bantahannya terhadap desakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) awal Mac lalu.

APA KATA DR SYED HUSIN ALI... "Yang mengecewakan ialah kabinet memutuskan penamatan dasar ini, akan berkuatkuasa pada 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun depan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun, tidak diterangkan oleh menteri pelajaran," katanya.

APA KATA DATUK A SAMAD SAID... "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012."Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

APA KATA BINTANG... Bintang berterima kasih pada kerajaan BN/Umno kerana perihatin terhadap rakyat.. Setuju juga nak mansuhkan PPSMI pada tahun 2012.TAPIIIII... kenapa 2012 tak serta merta.. Baru bintang teringat adakah ia berkait dengan PRU Ke 13 nanti.. bagi bintang la kalau nak buat sesuatu perkara tu biar ikhlas ,napa nak tunggu 2012 takut tewas teruk ke nanti ..sebab tu nak buat 2012 kalau kalah terus mansuh tapi kalau menang mungkin tak jadi mansuh kot...pikiaq-pikiaq la.