Tuesday, September 29, 2009

Raja Sesumpah Muncul Lagi !!

Posted on Monday, September 28 @ 10:34:18 MYT by Paktam
Oleh addin77 (Detik Daily)

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang lebih terkenal dengan gelaran Raja Sesumpah telah uncul kembali. Beliau menjadi pelakon utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil PRK Parlimen Permatang Pauh bulan Ogos tahun lalu. Dijangkakan akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di DUN Bagan Pinang tidak lama lagi.


Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Raja Sesumpah ini telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana pro UMNO maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan 'pak sanggup' sekali lagi. Beliau menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sempit UMNO BN.

Raja Sesumpah dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang. Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock. Kenyataan Raja Sesumpah ini menjadi kemusyikilan kerana selama ini beliau sudah pasti dikelilingi oleh 'bodyguard' kerana beliau individu penting bagi kes ini.

Siapa yang mahu mengugat ketenteraman beliau? Melainkan hati beliau sendiri tidak tenteram kerana melakukan dosa fitnah terhadap Anwar. Tambah menjadi prejudis lagi apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Namun kehadiran beliau tidak menjadi 'kudis' kepada Pakatan Rakyat menjelang PRK DUN Bagan Pinang kerana sudah terbukti sebelum ini. Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin UMNO BN ternyata rakyat sudah tahu beliaulah ialah Raja Sesumpah yang sudah terkena sumpah beliau sendiri.

Saturday, September 26, 2009

Sapa yang tak SEHALUAN NI...

Petikan dati TKO Daily
oleh: Pahang daily

Dr.Mahathir Kata Pembangkang Tidak Sehaluan

BANTING, 25 Sept - Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad , menyifatkan gabungan parti pembangkang sebagai satu pakatan tidak rasmi dengan setiap parti terbabit mempunyai haluan berbeza selepas pilihan raya umum lepas. "Parti pembangkang bukanlah satu alternatif. Amat malang jika parti pembangkang menang dan membentuk kerajaan (Persekutuan)," katanya


ketika diminta mengulas mengenai perbalahan dalaman di kalangan gabungan parti Pakatan di Selangor. "Mereka tidak akan dapat mentadbir negara sebaliknya asyik berbalah sesama sendiri. PAS akan berbalah dengan DAP, DAP akan bertegang urat dengan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melawat limbungan NGV Tech Sdn Bhd di sini semalam. mStar

[Nampaknya Penasihat UMNO ini memang "mudah lupa" agaknya. Bercakap tanpa berpijak di bumi yang nyata menambahkan lagi "betapa nyanyuknya" mantan PM yang pernah digelar "mamak firauan @ Mahazalim" ini. Beliau dibutakan mata dan hati selepas melihat BN tersungkur dalam pilihanraya umum lalu serta melihat parti karat itu ditolak oleh majoriti rakyat dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat tidak sehaluan, walhal BN kini yang retak menanti belah. Bahkan, bila-bila masa sahaja kapal BN akan karam dipukul gelombang Tsunami "rakyat" dalam pilihanraya ke-13 nanti].





Akhir-akhir ni beliau semakin MENJADI-JADI napa erk????

Petikan dari TKO daily
Kiriman dari albangi

Tun Mahathir – elok berehat, cukuplah

Tun Mahathir, nama yang tidak asing lagi pada rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya. 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jasanya memang banyak pada rakyat Malaysia terutama pembangunan fizikal dan pembangunan minda dan daya keyakinan diri. Tetapi dosanya pada Tuhan dan umat Islam, Tuhan sahaja yang tahu.

  • Dia pernah bawa kemajuan, tapi dia juga pernah hina janggut Nabi.
  • Dia pernah kata “Malaysia negara Islam” tapi dia juga pernah kata hukum Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk
  • Dia pernah bawa konsep “Malaysia Boleh”, tapi dia juga yang buat polisi penghapusan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik kerana katanya remaja Malaysia tidak pandai berbahasa Inggeris.
  • Dia pernah perkenal sistem kuota dalam pemilihan UMNO, tapi kini dia juga sokong hapuskan sistem kuota
  • Dia pernah bawa masuk Anwar Ibrahim dan Isa Samad, tapi dia juga yang menolakdan membuang keduanya.
  • Dia bawa Samy Velu ke dalam BN, kini dia tak mahu Samy Velu terus memegang jawatan Presiden MIC (Samy akan pecah rekod guiness menjadi Presiden parti politik palng lama dalam Malaysia, mungkin dalam dunia, jauh lebih lama dari Tun)
  • Dia pernah itu..dan pernah ini….dan 1001 macam lagi kalau kita hendak ulas.

Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa cukuplah Tun buka mulut secara terbuka walaupun kita tidak menghalangnya berbuat demikian. Jangan sampai nanti jasanya dulu tidak hargai lagi oleh rakyat Malaysia. Kalau Tun ada cadangan untuk UMNO atau negara, sampaikanlah terus pada anak-anak buahnya dalam BN. Jika tidak, ia hanya merugikan BN. Tun boleh menjadi liabiliti kepada BN, bukan sahaja Samy Velu yang dikatakan liabiliti kepada BN. Kekalahan BN 1999 adalah kerana Tun. Kekalahan BN dalam 2008 juga kerana warisan yang ditinggalkan oleh Tun.

Kalau Tun terus campurtangan dalam politik negara, khususnya, dalam UMNO dan BN, Tun akan menyaksikan kejatuhan BN seterusnya dalam PRU ke 13. Tun akan menjadi ‘living liablity’ kepada BN.

Kalau Tun ada cadangan yang baik untuk rakyat, eloklah ia sampaikan dalam blognya atau secara terbuka dalam media tanpa mengaitkannya dengan kepentingan politik mana-mana parti parti tetapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bekas Presiden Amerika, seperti Henry Ford, Jimmie Carter, Ronald Reagan, dan George Bush pun tidak campur tangan dalam politik Amerika secara terbuka selepas bersara. Tun tidak payah tiru macam Lee Kuan Yiew. Lee Kuan Yiew buka juga mulut tetapi dia tidak hentam kerajaan Singapura yang diperintah oleh anaknya. Dia juga tidak membuat kenyataan terbuka mengkriktik parti pemerintah. Tapi Tun hentam keromo ikut suka sahaja. Masa zaman Pak Lah pun Tun hentam. Masa zaman Pak Najik pun, Tun hentam juga.

Seterusnya, eloklah Tun, bertaubat dari dosa-dosanya lampau, samada yang Tun sedar atau tidak sedar, samadanya yang langsung atau tidak langsung. Di hujung umur senja ini, eloklah Tun banyak bertasbih, bertahmid, dan bertakbir. Juga membuat banyak amal soleh dan kebajikan bagi menampung kekurangan agar dapat bawa bekalan secukupnya untuk bertemu dengan Allah SWT di padang mahsyar kelak. Tun harus ambil iktibar dari orang-orang yang terdahulu daripadanya yang pernah berada dalam nazak. Tun masih ada masa lagi untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lampau.

Namrud tidak sempat bertaubat. Firaun tidak sempat bertaubat. Abu Jahal dan Abu Lahab tidak sempat bertaubat. Kamal At-Tartuk tidak sempat bertaubat. Apakah Tun akan termasuk dalam golongan ini?

Wahai Tun yang dikasihi, eloklah berehat, cukuplah. Tumpukan hari-hari seterusnya untuk bertemu Allah dalam keadaan yang berserah diri pada Allah bukan sahaja jasadnya tetapi jiwa, mental, dan imannya. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada Tun.

albangi.wordpress.

p/s Terpulang Kpd Pelayar untuk menilai artikel ini-aya

Saturday, September 19, 2009

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Salam Buat Semua..

Semperna di penghujung Ramadhan .Bintang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Batin.. Buat semua yang menyunjung blog ini dn juga buat semua rakan blog yang menyenali blog ini.

Sunday, September 6, 2009

Good Job AMK Sungai Petani dengan Program Bubur Lambuknya








6Sept09

Bertempat di Dataran Jam Besar Sungai Petani telah berlangsungnya Program Sumbangan Bubur Lambuk anjuran AMK Sungai Petani/Unit Ehsan Kedah dengan kerjasama ADUN Bakar Arang,Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Dewan Negara.

Program ni mendapat sambutan ramai.Terima Kasih tak terhingga kepada aktivis dan AJK Amk Sungai Petani kerana bertungkus lumus menjayakan program itu.Terima Kasih juga kepada Polis kerana memberi kerjasama semasa program itu berlangsung..

Kepala Lembu..Ros Putih/Merah Dan lilin.....

Nyalaan lilin Hindraf: 16 ditahan di KL
Sep 5, 09

Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.

Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan isteri Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.

Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.

Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

16 dibebas dengan ikatjamin
Sep 6, 09

Polis hari ini membebaskan kesemua 16 orang termasuk tiga wanita yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perarakan nyalaan lilin dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata kesemua mereka dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkod.

"Siasatan masih lagi dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Mereka yang ditahan itu, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Polis kemudiannya bertindak menyurai perarakan tersebut.

Bintang kekadang hairan juga ye...napa baru-baru ni punya demo yang menentang pembinaan kuil di seksyen 23 masih lagi tak di tangkap.. sedang kan muka mereka terpampang sambil memijak kepala lembu.. tapi masih lagi belum ada tangkapan.. agaknya lepas puasa kot.. Kalau di ingatkan balik... mereka yang buat demo ikut saluran yang betul mungkin tak la akan menyebabkan 16 orang ini di tangkap.Mereka la pencetus keadaan yang berlarutan ini.. mungkin juga mereka ni ada keistimewaan atau pun kekebalan tersendiri... segalanya mungkin..pikiaq-pikiaq la

Friday, September 4, 2009

Hero Turun tapi dah kena boikot.....

Boikot TPM mesej tolak MB T'ganu

Kumpulan ADUN Umno yang menentang menteri besar Terengganu bertindak memboikot perjumpaan antara mereka dengan barisan exco kerajaan semalam kerana beranggapan majlis itu tidak menjamin sebarang penyelesaian konflik yang semakin serius.

Seorang daripada 15 wakil rakyat yang tidak hadir, termasuk Idris, berkata insiden boikot majlis yang disertai Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein "tidak pernah berlaku sebelum ini".

ADUN Umno itu, yang enggan mendedahkan namanya, berkata tindakan tetap dilakukan untuk memberi mesej bahawa kepemimpinan Datuk Ahmad Said, sebagai menteri besar dan timbalan pengerusi perhubungan, sememangnya telah ditolak.

"Kami benci tengok muka pemimpin Umno yang datang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Kononnya Seorang hero/Wira akan pergi ke T'ganu untuk selesaikan konflik yang melanda.Dia akan menjadi orang tengah mengikut salah satu laporan di berita TV.Tapi kecian gak bila hero dah sampai sambutan luar jangkaan.satu pihak taknak jumpa walaupun dalam satu fahaman siap boikot lagi...abis camno.. Kat TV tiap-tiap malam/hari dok kempen 1 Malaysia tapi...Pikiaq-pikiaq la

AL-Fatihah buat Azman Mohd Noor

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi 4,097.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Nampaknya selepas DUN Permatang Pasir ,selepas ni pula nampaknya Bagan Pinang N9 pulak la..

Wednesday, September 2, 2009

Program Sumbangan Bubur Lambuk

Amk Cabang Sungai Petani bersama dengan Unit Ehsan Kedah, Akan mengadakan satu program amal yaitu SUMBANGAN BUBUR LAMBUK.
Kepada semua penduduk sekitar bandar Sungai Petani datang la beramai-ramai.

Masa : 5.00Pm

Tempat : Dataran Jam Besar Sungai Petani

Tarikh : 6 September 2009