Petikan dari.. www.kerajaanrakyat.com
Bagan Pinang: Pendidikan UMNO. Pengajaran Buat PAS
Pertamanya tahniah saya ucapkan kepada UMNO/BN kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Namanya pertandingan, maka jangan dikisahkan kaedah apa dan bagaimana kemenangan itu dicapai. Matlamat pertandingan ialah untuk menang. Kotor atau bersih, jijik atau hina, itu bukan persoalan. Mungkin itulah amanat yang disampaikan kepada seluruh petugas UMNO/BN sepanjang tempoh berkempen di Bagan Pinang.Pakatan Rakyat, nama yang diangkat dan julang hebat setelah pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 dan dalam 7 pilihan raya kecil berikutnya, tewas kecundang dengan angka yang amat memalukan. Ya amat memalukan. Berilah apa alasan sekalipun, kecundangan calon Pakatan Rakyat bukan sangat disebabkan kehebatan atau kelancaran jentera kempen UMNO/BN. UMNO juga berdepan dengan masalah dalam mereka yang amat besar antara kem Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, menteri besar Negri Sembilan.
Kekalahan Pakatan Rakyat yang telah mengangkat Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calonnya banyak disebabkan oleh kelemahan Pakatan Rakyat itu sendiri, PAS terutamanya. Ya, terdapat segelintir pimpinan PAS sendiri tidak berapa bersungguh untuk memenangkan calonnya.
Kalian boleh saja tidak bersetuju dengan titipan saya di atas. Kalian bisa saja menuduh saya membuat andaian jangkal, tetapi sila luangkan masa untuk terus membaca.


Saya menerima keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dengan reaksi yang pelbagai. Sedih dan hampa. Gusar dan bimbang. Marah, geram dan memberontak. Adunan perasaan itu terlalu sukar untuk dititipkan dalam ayat tetapi ia bakal memberi impak besar kepada saya dalam mengharungi masa mendatang.
Pendidikan UMNO
Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang mampan dan jitu perjuangan serta fahaman idealisma UMNO, semalam menyakinkan saya bahawa tindakan meninggalkan UMNO sekitar 1998 adalah suatu hidayah besar yang ALLAH SWT kurniakan kepada saya serta keluarga.
Saya paparkan foto ini buat kalian:

"Bapak engkau kongkek mak engkau" - Sambil menunjukkan isyarat lucah, itulah jeritan pemuda berbaju putih, berkaca mata. Dia bukan India walaupun kulit Samy Vello lebih cerah darinya. Dia pemuda Melayu UMNO. Ya dia Melayu UMNO. Kita wajib asingkan antara Bangsa Melayu dengan Bangsa Melayu UMNO. Bangsa Melayu berhemah dan tinggi nilai bahasanya. Seperti mana kita wajib asingkan antara agama Islam warisan Nabi Muhammad SAW dengan Islam Hadhari bawaan Iman Abdullah Badawi yang bertuhankan UMNO

"Anwar kaki jubur, PAS kena jubur". Sambung pemuda UMNO itu.

"Betullah bapak engkau kaki jubur sebab tu engkau tak berani nak melawan". Pemuda UMNO itu terus membuat provokasi. Saya sungguh hairan anggota polis yang berpuluh berada di situ langsung tidak cuba berusaha untuk menghalang provokasi yang dilakukan berulangkali oleh pemuda-pemuda UMNO tersebut.Insiden tersebut berlaku sekitar jam 1.00 tengahari di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Saujana

Sakit hati saya melihat gelagat Bangsa Melayu UMNO. Saya tinggalkan tempat itu dan bergerak ke

Saya tinggalkan kereta saya di depan Muzium Angkatan Tentera, berdepan dengan

Sekali lagi saya melihat dan mendengar hasil pendidikan yang diajarkan oleh UMNO kepada ahli-ahlinya. Kali ini ia terdiri daripada perempuan (saya tidak yakin mereka masih gadis, tetapi yakin mereka belum bernikah) Bangsa Melayu UMNO.

"Haa..!! mengaji lah, wirid lah. Jangan harap kau nak menang". Jerit sekumpulan perempuan Melayu UMNO ke arah penyokong PAS yang berada di seberang jalan.

"Bapak kau sama macam si Nuar, suka meliwat" Pekik betina no 3 dari kiri dan diikuti dengan wirid mereka beramai-ramai "Liwat-liwat-liwat. Liwat-liwat".Sekali lagi saya dapati pihak polis menjadi penjaga garisan. Ya, polis hanya menjadi penjaga garisan yang memisahkan antara dua pihak.
Betina-betina Melayu UMNO di sini mendapat sokongan padu daripada pasangan mereka

"Dasar kaki liwat, main jubur". Kasidah daripada pemuda Melayu UMNO yang berkaca-mata hitam. "Jubur-jubur-jubur. Jubur-jubur". Wirid yang lainnya. Lebih mendidih darah saya bila melihatkan kalangan Melayu UMNO yang umurnya sudah lebih separuh abad di kemah belakangnya hanya memerhatikan gelagat anak-anak mereka yang ibarat iblis berpesta. Hati saya bermonolog 'Bapak Iblis melihat anak Iblis berpesta'.Saya berbual seketika dengan beberapa anggota polis yang didatangkan khas dari Besut , Terengganu untuk menjadi penjaga garisan dan kemudian saya berlalu pergi ke

Saya sampai di sini kurang lebih jam 3.30 petang. Nyaman sedikit di sini. Penyokong UMNO mungkin ramai yang telah balek. Penyokong PAS amat berhemah dan tenang keadaannya




Peter Chong, Setiausaha Sulit YB R. Sivarasa. Secara kebetulan beliau memantau proses pengundian di pusat tersebut mewakili MAFREL. "I told them (the police), but they says 'its ok, its off 500 meter'. Its their way". Saya amat faham tekanan yang diberikan kepada Peter.Selesai di Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Si Rusa, saya bergerak ke


Rumusan saya kepada pendidikan yang telah diberikan oleh UMNO kepada bangsanya bakal menjerumuskan bangsa Melayu dan negara ini ke lembah kehinaan dan kehancuran yang nyata. Budaya dicemarkan. Bahasa dihina-jijikkan. Perlakuan dilucahkan.
UMNO mendidik anak bangsanya menjadi rakus, lucah dan bacul. Orang tua yang berada dalam UMNO hari ini ibarat kain buruk yang layaknya untuk dibuat pengesat kaki. Fungsi dan peranan orang tua untuk menjadi pendidik dan penasihat telah pupus dalam UMNO. Segala perlakuan songsang, lucah dan khianat dibiarkan berlaku di depan mata mereka. Lebih buruk lagi apabila mereka pula yang mengapi-apikannya.
Inilah pendidikan UMNO dan hasilnya dipertontonkan di Bagan Pinang.
Pengajaran Buat PAS
PAS, sebuah parti yang tidak pernah saya sertai tetapi tidak pernah juga saya hina atau perlekehkan. Apabila PAS bergabung bersama PKR dan DAP dalam Pakatan RAkyat, saya mula memahami dengan lebih dekat corak gerakan parti Islam ini.
Bagan Pinang memberi satu pertunjuk betapa PAS tidaklah sekemas dan se'Islamik' seperti yang saya sangkakan. Saya tidak bermaksud merangkum keseluruhan parti PAS. Titipan saya lebih menjurus kepada apa yang terjadi di Bagan Pinang dan beberapa perkara yang berlaku dalam PAS di peringkat pimpinan pertengahan yang membantu secara lansung kemenangan bergaya UMNO/BN dalam pilihan raya kecil N.31 yang lalu.
Siang di Bagan Pinang saya habiskan masa berkenalan, mendengar cerita dan berita daripada masyarakat marhaen. Mereka yang bakal menentukan pemimpin yang mereka gemar atau terpaksa pilih. Mereka naive. Mereka jujur. Mereka iklas dalam memperkatakan sesuatu tanpa dipaksa. Mereka seronok bercerita bila saya terus melayan mood mereka.
Intipati daripada bicara bebas mereka yang dapat saya rumuskan sepanjang 8 hari di Bagan Pinang; masyarakat Melayu tempatan telah terbiasa dengan UMNO dan terasa terhutang budi dengan 'umpan' yang banyak ditaburkan oleh UMNO. Bakti UMNO belum tentu, tetapi janji UMNO amat memikat hati mereka.
Hati dan perasaan masyarakat Cina dan India ibarat dicincang lumat oleh pimpinan PAS bernama Hassan Bin Ali. Inilah pertualang. Inilah puaka jelmaan dalam PAS yang dipasak UMNO tetapi masih dibelai manja oleh pimpinan PAS bertaraf Timbalan Presiden.
Masyarakat Cina dan India terlalu terguris dengan beberapa tindakan dan ucapan Hassan Ali yang mana seolah-olahnya buta dan tuli bahawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat keseluruhannya baik dalam pilihan raya umum 2008 maupun 7 pilihan raya kecil berikutnya adalah hasil kerjasama erat dan padu daripada kedua-dua kaum ini.
Rumusan
Saya merasakan suatu tindakan drastik amat perlu diambil dalam organisasi PAS peringkat pertengahan. Selain keceluparan dan kebiadaban Hassan Ali terhadap kaum Cina dan India seluruhnya, sikap segelintir pimpinan PAS di kawasan Bagan Pinang sendiri amat mengecewakan. Komunikasi dan ko-ordinasi yang lembab dan bersifat negetif terlalu ketara. Pimpinan PAS kawasan Bagan Pinang (Jawatankuasa pilihan raya bahagian, dalam hal ini) cuba menunjukkan kesombongan mereka dengan tidak menghargai beberapa tawaran bantuan penceramah daripada rakan-rakan dalam Pakatan, DAP dan PKR. Hanya sekitar 2 hari terakhir barulah mereka mengatur jadual ceramah dengan menjemput pimpinan tertinggi PRK dan DAP. Walau bagaimanapun kesungguhan jentera pilihan raya DAP dalam membantu calon Pakatan Rakyat di Bagan Pinang amat jelas ketara.
Bila bacaan arus pengundi semakin menjauh dan tempoh berkempen semakin suntuk, panggillah pemidato hebat manapun, arus menolak semakin kuat. Benteng PAS semakin rapuh. PAS seakan terlalai, jentera UMNO bergerak mantap sepanjang 8 hari. Setiap hari ada saja menteri UMNO yang turun ke gelanggang. Setiap hari pengundi dijamu dengan janji. Setiap hari penduduk Bagan Pinang dihidangkan dengan impian. Setiap hari masyarakat tempatan diberikan harapan baru.
Akhirnya saya amat mengharapkan agar tindakan positif untuk masa depan WAJIB dilakukan segera dalam PAS. Mungkin ada pemimpin tertentu yang terguris hati. Mungkin ada juga yang merajuk pergi. Biarkan. Biarkan mereka pergi kerana itu lebih baik untuk menyelamatkan perjuangan parti PAS itu sendiri. Malahan tindakan pencucian dalam PAS adalah demi semangat setia kawan dalam perjuangan kita bersama PAKATAN RAKYAT.Salaam Perjuangan.
Sofi - Kerajaan Rakyat
Nota: Kalian baca dan hayati buku ini dan kalian akan lebih mengerti matlamat pendidikan UMNO
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA
ReplyDelete